Happy Cat Kaoani -->

Saturday, December 10, 2011

Kenangan...





aku teringat kenangan lama. terimbas kembali tanpa dipinta oleh fikiran yang sangat2 limited sekarang ni.


aku ingat masa zaman aku praktikal diploma dulu. masa aku first time merasa hidup kerja. aku rasa macam seronok sebab aku suka kerja pejabat yang hari2 pergi kerja pakai baju kurung dan cantik2 je. yess.. sangat suka keadaan tu.


hari2 aku akan makan dekat food court bawah pejabat aku. sebelah menyebelah pejabat aku adalah pejabat kerajaan dan mahkamah tinggi Johor. secara tak langsung ramai la polis2 taf, peguam yang hensem2 dan pegawai2 kerajaan yang boleh tahan rupanya.


dari aku masuk aku ada memerhati seseorang ni. dia kerja sebagai kerani mahkamah. first time aku nampak sparkling in his eyes macam ada sesusatu dalam hati aku. aku keep looking him everytime aku makan. aku usha sampai waktu minum dan makan dia pun aku hafal. dia keluar dengan sape pun aku tahu. kawan2 dia pun aku kenal sekali.


tapi aku tak pernah tegur dia. tak pernah cakap kat dia. dan apa2 pun. tapi sebabkan aku keep usha dia sampai dia perasan aku tengok dia. 


dia ada tegur aku makan. sebab ada nasi tepi bibir. yeee.. keadaan itu adalah sangat malu. macam darah tersimbah kat muka. macam nak cepat2 makan then pergi naik atas tekup muka dengan file bertimbun. malu, malu gila masa tu.


tapi aku cover malu dengan terus makan macam biasa. sampaikan ada orang tolong dapatkan no telefon dia. uishhhh..


aku tak tahu tapi aku suka sangat tengok sinar matanya yang sangat menyerlah tu. pada aku sinar tu takkan pernah aku lupa. tapi keadaan tu sampai situ je. aku tak berhubungan lagi dengan dia. sampai sekarang.


dan yang aku ingat cuma sinaran matanya dan lirikan senyumannya sahaja....  =')







#such a kenangan yang mengusik jiwa#




No comments: