Happy Cat Kaoani -->

Saturday, December 10, 2011

Cemuih!





aku cemuih dengan orang yang asyik rasa dia pakar dalam bidang tu tapi dan berlagak sok tahu semua benda. ye, kalau kau tahu pun sila jangan pikir diri sendiri.

aku bukan nak pangkah apa orang cakap tapi kalau benda tu betul kita tetap kena terima.


aku rasa malas nak komen banyak2. sebab aku pikir orang ni takkan nak mengalah. kalau dia pakar kenapa tak nak uruskan. bagi je cadangan tapi lepas tangan. baik tak payah bagi cadangan. sebab since kau dah bagi cadangan kau kena handle benda tu bebaik. tu maruah kau.


tu pada aku la. aku tak tahu orang lain.


aku bukan nak berlagak sok pandai tapi pikir la orang yang nak uruskan semua ni.


aku cakap pasal reunion. sibuk nak buat jauh2. kalau semua dah kerja lain la. ni nak buat time tak tentu. dengan cuaca tak tentu. dah tu dengan keadaan semua orang yang bizi dan kekangan duit yang pasti semua akan rasa macam tak nak pergi.


frankly speaking, aku pun tanak keluar modal bnayak2 untuk reunion. taknak banyak masa terbuang untuk reunion. memang nak jumpa kawan2 tapi since banyak kerja dan kekangan kehidupan sekarang aku pikir memang elok buat jangan lama2.


group kelas aku selalu gila buat reunion. even raya pun kteorang akan konvoi sama2 jalan ke rumah masing2. paling kurang 3 kereta. paling ramai 6 kereta. macam2 ada. tu baru best kan. kelas lama aku pun selalu gila buat reunion kot. dekat resort, dekat tepi pantai. BBQ dah 2 kali. makan dekat resort dah berapa kali. semua kena ada orang yang arrange. yang pasti arrange semua dengan ikhlas hati. jangan nak mengungkit.


aku pun belajar la wei macam mana nak urukan event. nak tempah tempat untuk buat event dan deal dengan macam2 orang. bukan kau sorang je yang belajar uruskan event. aku boleh dapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia kalau kau nak. tapi semua ni kena la sepakat.


nak buat memang boleh. tapi nak urus dan nak ajak semua join tu yang payah.



dah2. malas nak membebel. kang kata aku berlagak. 




No comments: