Happy Cat Kaoani -->

Friday, November 25, 2011

Tazkirah 2 # Kawan atau sahabat?




Assalamualaikum..


ermmm.. hari ni nak cerita pasal kawan baik. ataupun best friend. korang semua ada best friend? tak kira la masa sekolah ataupun masa belajar mahupun bekerja? ada? pasti ada yang ada best friend kan? untonglaaaaa ada best friend yang memang memahami kita dan bersama kita susah senang.





memang banyak kawan yang senang2 gelak ketawa dengan kita kan. senang2 bershopping sebab guna duit sendiri, senang2 makan tempat2 mewah sambil tengok wayang tiap2 minggu sekali shopping barang mahal2. ada kawan ketawa sambil korek hidung. sambil kentut dalam air masa mandi manda kat sungai congkak dan teman jerit2 dan karoke jamban.


tapi ada je kawan saat kita lapar? saat kita saket? saat kita tak ada wang nak makan? ada kawan saat kita kesusahan buat esemen? ada kawan saat kita ada masalah dengan pakwe/makwe, dan keluarga? ada ke kawan yang nak dengar susah senang macam tu? ada lagi ke kawan yang sanggup teman kita jalan kaki berpanas berhujan pergi klinik sebab kita saket? ade lagi kawan yang sanggup teman pergi beli sesuatu yang kita amat perlukan? ada ke kawan saat kita perlukan teman berjalan kaki panas terik sebab nak print esemen? ada? ada lagi ke? 


kalau ada mereka golongan sebegitu bersama anda baguslah. mereka antara manusia yang hampir pupus di muka bumi ini. percaya tak kalau aku cakap macam tu? sila la percaya. manusia macam tu adalah sangat segelintir yang ada. kalau ada kita kira bernasib baik mempunyai mereka. 





kebanyakan manusia sekarang asyik pikirkan diri sendiri. mahu ketawa bersama tapi tak mahu bersusah menangis bersama. ada pula yang call je nak mintak tolong cepat cakap ada hal. tak nak langsung dengar apa2 masalah kawan. mana tahu ada yang boleh kita bantu. walaupun tak bantu banyak, tapi sikit tu boleh juga kan ringankan beban mereka..


kawan senang2 makan Big Apple sama2 ada. kawan susah makan megi tak ada. kan? tapi aku bersyukur lagi. aku ada kawan2 yang ada untuk aku susah senang. sanggup bersama aku. walaupun payah. walaupun susahkan dia jugak.


sejak dari sekolah aku ada kawan baik. aku baik gila dengan dia. dia budak pandai sekolah aku. aku cuma biasa2 je. tapi dia nak je kawan dengan aku. nak je tolong aku dalam setiap pelajaran. syukur aku ada dia. masuk diploma aku ada kawan baik. sejak aku masuk diploma aku mula2 kenal dia. kenal hati budi dia. sanggup susah senang dengan aku. tolong aku macam2. syukur aku ada dia. bila aku degree aku kawan dengan orang lain. ada saat aku saket, saat aku susah. syukur aku ada dia.


pada aku kawan ni kalau kita dah melepasi satu tahap, dan kita telah berpisah dengan kawan lama atas alasan jarak, pelajaran, kerja dan sebagainya, kita akan cuba cari kawan baru dekat tempat baru tu kan? kita akan cari orang yang paling kita boleh buat kawan susah senang kita pada masa tu. kita tak boleh selamanya dengan kawan lama. life must goes on...


tapi selama kita berkawan, mesti ada orang yang dengki, yang saket hati tengok persahabatan kita dengan kawan kita. mungkin sebab dia tak ada kawan karib, mungkin sebab dia menyampah tengok kelakukan berdua-duaan kita, mungkin sebab dia geram kawan dia tak baik macam kawan dia. macam2 keadaan la. 


tu belum cerita lagi tentang kawan baik terpisah sebab masalah2 yang membuatkan dia dan anda terpisah bukan? macam2 cerita dunia la. dari dulu berkawan baik gila tapi sampai satu tahap jadi tak baik dan tak kawan langsung kerana beberapa masalah. dan juga kawan2 yang backstabber. yeahhhh.. ramai juga kan yang merasainya??





walau apa pun kita masih perlukan kawan. kita tak boleh hidup berseorangan di muka bumi ni. kita kena ada tempat bergantung. kepada Allah itu sudah pasti tapi kepada manusia juga amat perlu. untuk kehidupan di dunia ini.


Allah berikan kita akal untuk berfikir dan mencari kawan sebaik2nya. mencari sahabat untuk bersama susah senang. ada pepatah berkata 'jika kita berkawan dengan tukang besi kita juga berbau besi, jika berkawan dengan penjual minyak wangi kita juga turut wangi'. 


jadi berbuat baiklah dengan semua manusia. Allah akan balas kebaikan kita dengan pelbagai cara. dengan kesihatan kita, dengan ketenangan jiwa kita, dengan kawan2 sekeliling kita juga. fikirlah semuanya...




salam sayang dan muhasabah diri. 



No comments: