Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah




Salam Maal Hijrah Semua!


Mungkin dah lambat nak mengucapkan Maal Hijrah 1433 kepada semua pembaca blog ni tapi saya, selaku pemilik blog ingin mengucapkannya jugak. walau dah lambat sebab ni blog saya jadi ikut suka saya la nak tulis waktu bila. haha =.='


selaku pemilik blog juga, saya nak meminta maaf kepada semua pembaca blog picisan ini jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan dan terlebih dalam proses menyalurkan isi hati saya selama ini. 


saya tidak menjadikan blog sebagai pengekpresi emosi marah saya. blog ini untuk tatapan ramai, jadi saya harus menjaga hati semua pihak. diharap semua pihak berpuas hati dengan penulisan saya selama ini. 


sungguhpun begitu, saya tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak yang sedia tidak menerima saya di alam nyata mahupun di alam maya. manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan tiada manusia yang terlalu sempurna.


saya telah memaafkan kesemua kesilapan orang sekeliling saya dimasa lalu. harap anda dapat memaafkan juga sempena pembukaan tahun Hijrah ini. bersama kita membuka buku baru. 








salam penuh ukhwah 1433 Hijrah! 





No comments: