Happy Cat Kaoani -->

Sunday, November 13, 2011

Cuti seminggu ini..




selamat pagi semua! wow. dah seminggu dah tak taip apa2 dekat sini sebab musabab aku balik kampung dan dikampung adalah slow line internetnya. maka malas mahu taip. jadi hari ni aku nak meniap la kan. kasi korang semua yang tengah makan jemput2 ikan biliske, lempeng ke, dan yang tengah hirup2 air kopi tu baca cerita aku. hehehe


4hb - balik kampung laju2 kerana tak ada kelas yang membebankan. kelas hari jumaat memang membebankan! haha. keji. balik je ronda2 pasar malam kampung. kecek2 akak selai dua blouse. berjaya nampaknya. lalu beli rangka ayam. makan dengan lahapnya sambil tengok ASK 2011. yea! tengok kat rumah best sebab tv besar dan jelas.


5hb - apa entah aktiviti dekat rumah pun tak tahu. dah lupa. rasanya teman mak pergi beli barang2 nak masak raya esok. makan dan tidur adalah acara wajib yang tak pernah dilupai. 


6hb - hari raya aidiladha! alhamdulillah. dapat banyak daging korban tahun ini. adalah dalam 5 kampit. terima kasih kepada sesiapa yang memberikan daging itu ye. murah rezeki tahun ini. nampaknya seminggu ni daging sahajalah menunya! petang saya pergi bersiar2 dengan kakak dan emak di tepi pantai sekitar kawasan aku. mak oi! ramai gila ok pergi mandi manda! suka bebenor mandi laut!


menu hari raya haji tahun ni adalah daging sambal kacang, kuah lodeh, ayam masak rempah, dan sambal goreng jawa. sambal goreng jawa pembuatannya agak rumit sedikit maka saya merajinkan diri untuk menggunting lada kering. kena gunting halus2 macam merapai bunga rampai tuh. rumit kan. huuuuu.. tapi hasilnya sangat sedap!


7hb - tak tahu apa buat. yang pasti sik kena bukak pintu sebab ada orang hantar daging korban. terima kasih sekali lagi. 


hari2 seterusnya adalah membosankan je ceritanya, jadi tak perlulah cerita ye. haahahaha.


tapi yang best bila dekat rumah kita dapat makan benda yang tak ada jual macam jemput2 bawang, lempeng   air garam makan dengan sambal sardin. ikan goreng dengan kicap sahaja. kupang masak sambal. perghhhh.. aku paling suka kupang sambal. gila suka!!! sedap wohhhhh!


kat sini mana nak dapat kupang masak sambal? paling2 pun siput sedut masak lemak. tu je. aku ni memang gila kupang, kalau balik kampung mesti aku suruh mak aku beli kupang masak sambal. mak aku tahu dah kadang2 kalau aku nak balik, mak aku dah pergi kedai awal kalau jumpa kupang mesti mak aku beli. simpan. soknya aku balik mak aku masak. heyyyy.. sedap woh!!!


rupanya sambal kupang ni makan dengan lempeng pun sedap! mane kau nak dapat lempeng air garam dekat bandar? mamak? roti canai ada la. tak akan ada punya. aku jamin! aku dekat kampung sarapan macam orang kampung. aku lagi suka sarapan lempeng, jemput2, ubi rebus dengan sambal ikan bilis, pulut makan dengan kelapa parut, dan kuih2 orang kampung. 


aku budak kampung so makan cara kampung. tapi sedap woh! satu hari nanti korang akan kebil2 nak makan jugak walau kanan kiri semua KLCC dan KL Tower. perghhhh...


ni aku  bagi korang cuci mata pagi dengan gambar aku besiar2 dekat tepi pantai.












cantikkan ciptaan Allah? rasanya berapa kali pergi pun tak akan bosan.




ciptaan Allah yang ini jugak tak kurang cantiknya. hahaha. si gemuk bulat tu saya ye. jangan ingat apam mane yang aku upload pulak. hahahah..



ok bai!



No comments: