Happy Cat Kaoani -->

Thursday, October 6, 2011

Super Tiring Week!




minggu ni sumpah penat. dengan segala macam perkara yang berlaku. aku rasa macam minggu yang panjang sangat padahal semua berlaku dalam masa 3 4 hari je. itulah kuasa Allah untuk menguji kami pelajar yang berusaha menimba ilmu kan?


hari Isnin aku ok2 je. pergi kelas then pergi makan. esoknya pagi2 aku dah saket perut dan aku cirit birit sebelum pergi kelas. aku punya kelas pukul 8.30 dekat Puncak Alam pulak tu. saketnya perut aku Allah je la yang tahu. aku rasa kelas sejam lebih tu macam lama sangat dah jadinya. aku pergi toilet lagi.  ank menahan dari Puncak Alam ke Shah Alam lagi. memang tarik nafas dan hembus nafas sahaja la aku bagi menahan saket perut dalam kereta tuh. 


balik kelas aku tak sanggup nak hadapi semua ni. jadi aku suruh kawan2 aku drop aku dekat Pusat Kesihatan UiTM ni. yang penting free. aku tak kesah. aku dapat ubat yang memang aku nak. tapi malangnya balik je klinik aku muntah2 pulak.a ku tak dapat ubat muntah pun tadi. selang seli dengan saket perut yang mencucuk aku muntah2. horror sangat sebab dalam perut aku kosong. aku tak makan dari pagi walapun aku lapar. sebab tak boleh. nak makan ubat pun aku makan dengan perut kosong. aku pedulik hapa. sebab kalau aku makan aku muntah. makan ubat pun muntah inikan pula nak makan benda lain. lagi la muntah...


keadaan ni belarutan dari siang sampai ke malam. sangat seksa. nasib baiklah petang tu kelas cancel. kalau tak memang la tak dapat pergi kelas. esoknya kelas petang. rancang pagi tu nak pergi pusat kesihatan nak dapatkan MC. rasa macam dah baik je jadi pergi la kelas pukul 2 petang. kelas dekat Puncak Alam jugak. sekali pergi tak ada kelas. hangin pulak rasanya. dah la banyak rintangan dan halangan nak pergi kelas puncak ni.


lepas tu kalau nak cerita satu2 apa yang jadi dekat kami sebab nak buat esemen, nak print notes, nak cari bahan dekat segala ceruk shah alam ni memang la panjang gila karangan aku. mau lima kajang kertas macam masa buat karangan SPM. best woooo... rasa macam puas je buat karangan panjang2 dan cikgu akan baca sebab karangan tu baik dan dapat markah tinggi. suka gila woooooo...


nasib baiklah aku ada kawan2 yang bersama2 aku dikala susah dan senang. aku harap kita sama2 mengharunginya bersama sampai kita ambil ijazah nanti. dan apa yang berlaku diantara kita suatu hari nanti akan jadi kenangan dan akan membawa kita kemana sahaja sampai bila2.


nice to know u all. i hope we will always friend untill the end~




*aaahhhh... terjiwang pulak... maleh aku dengar. aku la. aku dah malas nak menaip lagi. ok bye!










No comments: