Happy Cat Kaoani -->

Saturday, October 8, 2011

Sabtu yang tak Bosan




hari ni nasib baik bukan hari yang suram untuk aku. nasib baik bukan bilik gelap yang malap menjadi peneman aku siang hari sabtu ni. kalau tak memang pejam celik je la aku dalam bilik dengan cahaya laptop. 


terima kasih kepada rumate tersayang sebab walaupun beliau balik rumah dia datang ambik aku dekat rumah sewa sebab nak pergi liblary sama2 cari bahan2 esemen. sem ni sangat2 memerlukan journal, majalah dan buku2 sebagai bahan2 esemen, presentation dan research. maka sem ni awal2 lagi kami dah menapak ke library. kalau dulu tunggu la hujung sem nak final exam nanti baru sibuk studi sama kawan2 di library. sampaikan buku2 pun tertinggal kat dalam library.


cari bahan2 journal dan bahan2 majalah bukan senang. naik kebas tangan selak kompilasi majalah yang dah dijilidkan tu. haha. dah la kebas berat2 pulak buku tu. nak pinjam tak boleh. nak photostate tak dapat sebab tak ada kad mesin photostate. choi. jadi sorok2 buku tu macam sorok buku kamus bergambar masa kecik2 dulu dekat library sekolah. hampeh sangat. macam ada orang nak sangat buku tu kan. hahhaha


alang2 dah keluar rumah baik berjalan sekejap. release tension katanya. makan2 sebab dah kebulur then jalan2 ke Bukit Tinggi. merasa la tengok wayang Al Hijab. puh! nasib baik aku bawak pashmina. bukan sebab  sejuk dalam wayang tu, sebab nak cover muka jangan bagi nampak hantu yang terkejut-kejut tu.


tentang Al Hijab overall ok. jalan citer ok. ada klimaks dan seram. kondisi hantu yang agak menyeramkan. tipikal malay tapi dari segi lain. tapi kalau hard core kan lagi penampakkan hantu tu lagi best kot. tapi untuk pengarah muda macam Pierre Andre kira tu sangat ok. syabas. but ending dia tak berapa berbekas dalam hati. bagi dramatik sikit ending dia bru feel kot. ok. komen macam bagus je kan. ni pendapat. rating bagi 4 per 5 la. 





lepas tu harus la ada gambar muka2 yang comel terpampang macam gampang kat blog aku kan. dah blog aku takkkan gambar kau pulak aku nak letak kan? hahahhaa











macam syaiton kan nafsu kami. lapar gila masa ni. semua memang lapar habis jadi dua regular set ni mampu mengenyangkan kami. hehehehe. chicken wing dia sedap jugak la awak! =)



sebenarnya lama dah teringin nak merasa dominos pizza ni. tapi asyik tak kesampaian je hajat. hari ni dapat la makan sampai kenyang sebab ada orang sudi bawa dan sudi makan sekali. aku rasa yang paling best selain piza adalah roti dia yang gebu di dalam dan rangup diluar... nyum!!!



ok. sesiapa yang lapar sila semakin lapar, hahahaha





tu je yang aku buat hari ni. esok tak tahu lagi. =)





psssstttt:: tadi usha mamat tukang isi popcron dekat wayang bukit tinggi. dia sangat shomel. dan saya senyum je bila nampak dia. dia jadi malu nak senyum balik. kahkah. gatai sungguh perempuan pi mengorat pulak. heehhehe




No comments: