Happy Cat Kaoani -->

Thursday, October 13, 2011

Malas


















korang tengok la. gila malas irsyad melayan karenah aku nak ambik gambar bagai dalam kereta faz petang2 yang panas tuh. kemain berbahang kereta nak balik. berpeluh2 kalau balik dari puncak ke shah alam.


aku edit cerahkan gambar2 tu semua bukan aku makin cerah, irsyad pulak makin cerah. ceh! -.-"



feeling comel je duduk belakang tu buat2 peace. padahal irsyad dah malas gila nak melayan kami2 ni. hahaha. gila sengal je. biar2, nanti gambar2 ni jadi kenangan kami masa dak tak naik kereta sensama sem2 akan datang ='(


macam2 karenah kami masa ulang alik ke puncak alam ni tau. serius semua kalau ingat balik mesti gelak gila.  yang paling suka buat lawak faz dengan fara. dah fara asyik kena bahan je dengan faz. sumpah redha gila aku tengok farah. tapi memang lawak gila babas...


1. time faz suruh farah baca zikir2 tepi jalan masa nak pergi makan tengahari dekat puncak. faz suruh irsyad slow nk bagi farah baca tapi irsyad siap berenti. dan farah slow2 baca. lambat sikit sebab nak baca betul2 kalau salah kena bahan lagi -.-"


2. tadi. faz nampak ade pakcik bawak motor penuh dengan roti bergantungan. faz kata bukak tingkap farah, ko curik roti dia. faz buka tingkap. then irsyad pergi sebelah motor pakcik tu drive slow2 sama kelajuan dengan motor pakcik tu. OMG! serius aku dengan faz gelak gila tapi tak sanggup nak pandang muka pakcik tu. irsyad sekarang serius nampaknya. fara pulak dengan senang hati tak tutup tingkap tu. pakcik tu senyum je tengok budak2 sengal ni dok main2kan dia. hahahah


kalau nak senaraikan memang tak pernah habis. macam2 benda asik ade je nak di ketawakan. walaupun masa tu penat wat slide presentation ke, penat sampai tak tidur ke atau apa2 aje la mesti ada benda yang lawak. 


satu hari nanti benda ni semua akan jadi kenangan kami satu sem ni ulang alik puncak alam. serius kelakar.


tu belum lagi nak pergi kelas mengharungi hujan lebat sampai tak nampak jalan, kilat guruh sabung menyabung, banjir di jalan lalu guna jalan jauh, dengan harung lori2 besar yang slow lagi merbahayakan tu sekali sampai kelas duduk dengan kadar penat dan nafas putus2, kelas CANCEL!!! OMG! penatnya! habiskan minyak kami je. dengan harungi pelbagai masalah. serius kena tabah nak menimba ilmu ni -.-'


lepas tu kami balik semua.


pernah ada sekali tu nak balik makan tengahari dari kedai nak ke kampus lepas tu ada satu motor ni accident. ada dua orang budak lelaki jatuh. kesian sangat. even tak cedera parah tapi pembonceng, ewah, pembonceng sekarang, hahaha. ok, pembonceng dia yang duduk belakang tu jatuh tak bangun. yang drive tu jatuh ja terus bangun. yang belakang tu tak bangun. kami dah stop. kesian dangat tengok pembonceng tu, dia celik je. tak pengsan. kawan dia yang drive tu dukung bawak ke tepi. maybe dia sakit sebab tu lemah je. sian kan. nak pergi kelas accident T____T


saya dah biasa accident motor. luka2. kena langgar pastu tetiba rasa dunia dah senget sebab jalan dan jadi melintang. rupanya dah terbaring tengah2 jalan. nice sangat. ada sekali tu jatuh atas lopak air sebab kena kejar monyet. macam2 hal la...


ok. sekarang sik dengar lagu moves like jagger. aku suka lagu ni. sebab suka vokalis maroon 5. kantoi. hahahha... lagipun ada cerita di sebalik lagu ni. heeeeee...



thanks sudi baca. =)







No comments: