Happy Cat Kaoani -->

Friday, October 14, 2011

Abah




hari jumaat. solat jumaat. saya tiba2 teringat dekat abah saya. lelaki dan solat jumaat memang tak boleh dipisahkan kan?


saya dan abah tak pernah cerita tentang hati. tentang apa yang saya rasa. saya tak pernah rapat dengan abah. dengan mak yang saya rapat pun saya tak pernah cerita apa2 tentang hati dan dengan siapa saya rapat. saya tahu, semua tu akan tiba tapi buat masa sekarang ni semua tu belum sesuai. saya masih belajar dan tak mungkin akan terbuka cerita tentang 'tunang' dan 'kawen' ni.


saya rasa semua tu sangat jauh. jauh sangat lagi. banyak lagi benda yang saya kena fikir sebelum nak capai semua tu. saya kena pikir study dulu. konvo. cari kerja. bayar pt. beli kereta. beli rumah. bawak mak abah ke  Mekah bersama. semua tu semua orang fikir kan? tipulah tak fikir tentang tu.


tentang balas jasa mak abah tu memang seumur hidup pun kita tak mampu membalas jasa mereka. jadi sepanjang hidup kita, kita akan membalasnya bukan?  lagi2 jasa mak. 


tapi satu hari ni abah kata secara tak sengaja. masa tu ada ramai tentera dekat kawasan kampung saya. mereka ada banyak kem dekat sini. sebab perairan yang dekat dengan sempadan singapura dan indonesia. jadi penjagaannya ketat sedikit. mereka (tentera) mungkin outing masa tu, jadi ramai sangat dekat pekan. mereka beli barang, makanan, topup, keluarkan duit. macam perangai dengan baju mereka hijau celoreng tu.


sekali abah saya kata

abah : isshh, ramainya tentera!
aku diam je.


abah: tak suka betul aku dengan tentera ni!
aku diam lagi tapi dah kaget.



aku tak tanya abah, yang sebenarnya abah tak suka tentera ke? aku diam je. entah, mungkin memang abah tak suka. dan saya kena beware benda ni. sebab abah wali saya. kalau beliau tak suka dengan pilihan saya macam mana? dibuatnya abah tak pernah cakap pasal tentera dan saya ada kekasih tentera. owhhh.. ok. tak nak bayangkan! -.-'


jadi sekarang saya tahu apa dan siapa yang abah saya tak suka. dan saya kena berhati2. =)











thanks baca! bye! =)










2 comments:

Aisyah Ahmad said...

sapa tentera tu??hehehe

Nour Eyza said...

xde sape. just beware. =) hehehe