Happy Cat Kaoani -->

Sunday, September 11, 2011

Hujung Minggu Pertama!




selamat pagi semua, harap anda semua sihat ye ye. selamat berhujung minggu semua. wah, minggu ni banyak sangat undangan open house dan kenduri kendara. sampaikan ada yang tak sempat2 nak lawat semua rumah kan. makan je semua benda tu sebab tu la makanan raya yang paling best sekali. time dah tak raya sedap jugak makanan tu tapi dah tak feel la kan.. hehhehehe


hari ni ada masa sehari sebelum mula class esok. esok klaz tak tahu pukul berapa sebab pagi tu rasanya kami tak ada class. class minor yang kami dah ambik dulu. hohoo. jadi harus la drop, buat apa nak ambik lagi. buat saket otak je kalau belajar balik kan. huhhuuu


hari ni pagi saya nak kemas barang2 saya.. yang bawak balik semalam. sebab semalam saya tak sempat kemas. kepenatan dalam perjalanan yang panjang. saya buat tak tahu je dengan beg saya semalam. dah hampir bersepah dah sik korek2 cari barang dalam dia. saya kena start kemas sekarang sebab petang nanti saya nak keluar dengan kawan saya. dia mintak teman pergi beli barang sikit sebab baru pindah rumah.


korang mesti banyak plan hujung minggu ni kan? ada nak pergi open house, ada nak pergi kenduri, ada nak beraya lagi, ada masih tak puas2 kumpul duit raya. macam2 aktiviti kan? seronok lah kalau nak beraya lagi. untung2 dapat duit raya lagi. saya tak beraya lagi dah sebab dah balik universiti. mak pun dah keluarkan semula duit dalam sampul yang tak bagi kat orang. hahaha.. kira macam dah habis raya la kan.


semalam pagi masa nak pergi malas gila nak pack kuih raya.. mak saya kata bekal la sikit takkan tak bekal langsung. jadi saya dengan rasa malas lagi kemalasan telah pack satu tupperware sahaja. ewah.. campur2 punya kuih. 


yang best sekali bila saya balik rumah sewa saya nampak ada peti ais! yahooo! ada peti ais! boleh la minum air sejuk, beli eskim, beli bahan nak masak2. kalau tak semua tak boleh. hahahah. tensen mak nyah sebab tak ada peti ais. terima kasih kat kawan serumah sebab dia yang bawak peti ais yang comel ni. walaupun comel tapi tetap berguna untuk semua. 


ok la, saya rasa nak berkemas dulu. nanti kalau dah siap kemas saya update entry lagi yaw.. bye2!





1 comment:

nuranne said...

episod open house and kenduri kawen dah habis...now terpaksa balik kampus huhuhu