Happy Cat Kaoani -->

Monday, August 8, 2011

Officially its Over!


Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar kawan2 semua? diharap sihat hendaknya. aku sihat seperti biasa. macam biasa juga aku akan menulis blog. tapi sehari dua ni aku memang tak menulis. yelah, ketiadaan masa dan ke'slow'an internet membawa aku kekancah tidak menulis blog. apa masalah aku tulis macam ni weh? cam dalam sastera je?? -.-'


ok2. perenggan dua ni aku tulis macam biasa je. tak payah nak ikut karangan bahasa melayu tingkatan 5 sangat. hikhik. oke, aku nak beritahu secara rasminya aku telah habis praktikal di Puteri Pacific Hotel. owhhhhh.. rasa sangat lega okeh. rasa macam satu bebanan yang menimpa aku 3 bulan lalu telah pergi jauh2. aku tak perlu lagi fikir tentang praktikal. seronoknya!! >.<



Puteri Pacific Hotel


rasanya macam fuhhhhhh.. lega noh! lepas bala bencana praktikal yang amat memenatkan, menguji kesabaran, menimbulkan bermacam-macam perkataan yang keluar. errrr.. sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa lagi. aku pun mula merepek dan tidak memakan kerepek kerana sekarang bulan puasa. got it? 


semalam aku habis praktikal di Puteri Pacific Hotel. eh, eh, berapa kali nak cakap kau dah habis praktikal? -.-' .


lobi hotel


rasa seronok dalam pada yang saya rasa sedih berpisah dengan kawan2 yang telah aku anggap seperti kakak, abang, adik, mak dan ayah. seriyes. sedaya upaya aku tak  melelehkan air mata walaupun salah sorang perkerja pangkat mak aku dah menangis masa nak balik bila berpelukan dengan aku. 


"lepas ni mak tak ada kawanlah nak paring baju" kata mak.
" ala mak, nanti datang lagi budak praktikal lain tolong mak..." kata aku sayu.
" bila ada datang lagi? macam tu la. tak suka tau. datang lepas tu kita dah ajar-ajar dah sayang-sayang pergi..." kata mak.
aku hanya tersenyum. memang macam tu la mak. kataku dalam hati. :'(


aku panggil orang sebaya mak aku 'mak'. tu memang panggilan biasa dekat sana bila orang tu sebaya mak kita. tapi bila lelaki sebaya ayah kita, kita tak panggil ayah ok. ntah kenapa. mungkin bila panggil mak tu macam manja2 dan hati orang perempuan akan senang. yelah, semua budak muda2 tu panggil mak. kalau lelaki jangan panggil ayah pulak. ada kena perli pulak.. hahahha


rindu mak2 yang sangat baik2 tu. rindu mak2 yang sangat penyanyang tu. sayang mereka pada kita macam sayang mereka pada anak sendiri. best kan? dapat makan sedap2 dekat hotel. kalau aku dapat masuk kitchen agaknya mesti lagi best. chef2 banyak baik2 dan kelakar. dengan partimer yang comel2. hahahaha. ok. suka sebenarnya pergi kitchen tapi mana pernah dapat. sebab tu aku extra suka susun baju kitchen diorang. hahaha. bila diorang datang nak ambik baju aku kepoh2 tengok dan ambikkan. hikhik. ohhh.. tu bidang tugas aku la..jangan ingat aku kerja menggedik je ok? hahahha =.='


the most best part in Front Office bila kau berada di Concierge. jadi bellgirl yang sangat gojes didepan. bila kau kerjanya tukang bukak pintu dan hantar barang. bila kau di treat macam adik2 mereka je. yelah, kerja dengan lelaki. dimanjakan adalah sudah tentuuuu... yuhuuuu.. di kidnap masuk stor dan paksa aku makan jemput2. paksa aku makan meehon, paksa aku minum air teh, paksa aku itu, paksa aku ini. macam2 tau diorang ni. tapi keadaan macam tu la seronok. bila keadaan tak bizi dalam pukul 3lebih je kapten bell man halau aku pergi surau. suruh tidur katanya. haiyak..


korang cuba baca betol2. halau ok. paksa yang amat.
sama juga macam nak suruh break.
bila diorang tanya dah makan?
aku cakap belum. pergi makan. kata diaorang.
aku cakap tak ada kawan. ajak Jeff.
Jeff tu budak praktikal jugak tapi dia diploma. Jeff tak nak dia kata nak makan nanti.
abang kapten tetibe bukak kasut dan gaya nak lempar ke Jeff
"pergi makan dengan iza sekarang!"
ok, itu dahsyat. sampai Jeff terpaksa ikut. arahan kapten katanya. hahahaha


aku macam ehhh. kelakar pulak la abang ni. macam sengal pun ada. hikhik. tapi tu tandanya dia tak nak kau lapar. tanak nak kau saket. macam masa aku saket kaki hari tu aku telefon pepagi sebelum masuk kerja nak cakap kat abang Kapten yang aku saket kaki tak boleh pergi kerja. dia tahu je aku saket apa sebelum aku cakap. bila aku tanya macam mana tahu dia kata siapa lagi nak ambik berat pasal aku kalau tak dia kapten aku. hahahaha. esoknya dia tak kasi aku berdiri lama2. asal lama je suruh aku duduk dekat stor ke surau ke. suka hati la kata dia.


sama macam dekat Housekeeping. suka sangat bila dapat pergi Public Area dengan Linen. boleh berjalan2. kalau dekat public area lagi la. kau nak round satu hotel pun boleh sebab banyak tempat adalah public area. jadi untuk berjalan2 adalah tidak menjadi masalah. hehehehe. boleh jalan2 ke Rouge, jalan2 dekat lobi, dekat car park, dekat ballroom, dekat lift, dekat foyer, dekat swimming pool dan banyak lagi la. kau nak jalan sampai kejang kaki pun boleh! >.<



staff linen yang baik2! >.<


dekat linen pun sama. kau boleh berlari2 dari hotel ke Persada dengan senang hati tanpa takut dengan apa2 dan sesiapa. sebab kau pakai baju kerja dan atas urusan kerja. hehehehe.. seronokkkkk... lepas tu pergi inventory dengan abang2 supervisor yang sengal dan kelakar. asyik kena je aku dengan diorang. haiyoooo.. tapi best. itulah kenangan. itulah sebenarnya keseronokan bekarja dengan mereka. especially lelaki. senang kerja dengan mereka. tak perlu takut, tak perlu risau. semua ditanggung beressss..heheehe


panjang pulak aku membebel kan? bajet macam ade pulak orang nak baca entry panjang2 macam ni? jangan harap, separuh ke suku je korang baca gerenti dah pangkah blog aku kan? redha je la. tapi aku tak kira, aku nak jugak sebab ni aku rasa aku perlu cerita..keseronokkan aku.. =)



fuhhh.. semua pesan nanti kalau dah cuti2 sem kerja la part time kat sini. aku rasa macam errrr.. nanti aku pikirkan nanti la bila aku rasa macam terdesakkkkkkkkkk sangat nak guna duit baru aku akan kerja sana. kalau tak aku tak kan la..


ok. thanks for reading! =)




1 comment:

ku-cit said...

tahniah da abis praktikal...untung hah dapat byk pengalaman???