Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, August 9, 2011

Hari-hari malas, bila mahu rajin ni?



Assalamualikum semua!



entah kenapa la internet sejak akhir2 ni sangat lembab dan sengal sahaja rasanya. dulu masa awal2 masuk rumah baru ni laju je. nak tengok Maharaja Lawak bukak je terus boleh tengok tak payah tunggu loading lama2. sekarang, nak tengok video Anwar Hadi pun kemain susah! bukan lama sangat pun! tensen tau! >.<


sekarang ni nank bukak blog orang pun kena refresh banyak kali. kadang2 tu nak bukak blog abang Ben pun sangkut. nampak sangat internet adalah berkelajuan infiniti. padahal blog abang Ben tu sangat ringan ok. hadoi la internet,sila tambah kelajuan anda pleaseeeee... -.-'


hari ni aku rasa malas gilaaa nak berkemas. semalam pun harini pun malas, apa nak jadi ni? ce cakap? esok nak balik rumah. mak suruh balik. jadi kena la kemas beg siap2 angkut letak dalam keta akak. sebab akak aku takkkan kemaskan barang aku ok. dia nak kemas barang dia je berchenta! inikan pulak nak kemas barang aku? puiii.. tak mungkin! ahahaha


aku ingat nak start berkemas lepas nii. lepas aku update sebijik dua entry dekat blog terchenta ni. almaklum la, aku ni tak dapat nak melepaskan komputer dan internet ni kalau line ok2 macam ni. rasa macam nak duduk 24jam depan komputer update entry dan komen, blogwalking lagi. suka tengok blog2 orang yang cantik2 dan banyak cerita menarik di dalamnya! 


petang ni aku paksa akak aku bawak aku pergi KSL. ala, pasaraya baru dekat JB ni. dekat sebelah Holiday Plaza. aku nak jenguk2 best ke tak shopping complex ni. kalau best bolehlah jengah selalu. aku dengan kakak selalu melepak dekat Giant je. selalunya Giant dekat taman ni je. kalau tak pergi la Giant Extra dekat Kampung Melayu tu. harga barang dekat Giant Extra murah ok. lebih murah dari Giant dekat taman ni. yelah, dekat taman ni semua  golongan chinese jadi barang2 pun mahal. ramai pulak tu orang singapore yang membeli belah jadi no wonder la sini mahal sikit dari Giant Extra yang rata2 orang melayu.




pagi tadi aku dah bodek kakak aku megi kari letup dengan telur dan buatkan air milo untuk sahur. cewahhhh.. siap bodek lagi. aku tak sabar ok tengok periuk nasi baru dia beli minggu lepas tu dok terbiar je. konon nak masak masa sahur. nan hado. aku makan roti dan biskut jugak masa sahur. pemaleh tau akak aku ni. hahaha. jadi malam tadi aku basuh periuk tu, aku sediakan megi, cuci telur semua. letak dekat2 supaya pagi aku senang, letak air then masak je. boleh la.. pukul 5 makan la megi tu. suka la dia. aku pun suka gak. dia kata aku rajin. ceh!! padahal dia yang malas, bahan ada saje tanak buat...


kalau dia tahu aku membebel pasal dia ni mampus aku tak dapat baju raya dengan kasut raya. dia janji nak belikan aku baju raya dan kasut raya. tak tahulah bila. aku raya aku tak kesah sangat. tapi time nak naik sem nanti aku memang nak beg sebab beg lama aku dah koyak, nak kasut @ sandal sebab kasut lama dah kopak, nak file, alat tulis. nak baju kurung ke tshirt ke blouse baru untuk aku pergi kelas...


selain tu make up aku, minyak wangi itu la ini la semua ni ada penuh dan baru. sebab yang ada ni semua dah nak habis. almaklum la dah 4 bulan buat praktikal. hari2 make up kan, habis la segala bedak la hape la. jadi paham2 la. aku memang gila make up, minyak wangi dan barang2 feminin ni.


owhhh... satu lagi benda yang paling penting aku nak ada dalam keadaan elok adalah handphone aku. handphone aku memang dah nazak tahap cipan ni. dengan susah nak space, tak leh dengar orang cakap kalau tak loud speaker, tak boleh off call. tak boleh tutup slide otometik dia lock. kena lock manual pulak sekarang. macam2 perangai dah budak setahun ni. yelah, selalu sangat jatuh. jahanam la dia. cuba kau selalu jatuh, mesti la sakit kaki, lutut, kepala, siku semua la..dia pun macam tu jugak..


macam gila aku nak nampaknya. kopak la kakak aku kan? haaaa.. padan muka,sape suruh jadi kakak kan dah kopak. hahaha. cuba jadi adik, senang je. nak beli keropok lekor pun tadah tangan mintak orang duit sebab 'kononnya' aku tak ada duit. kau nampak konon tu? sebenarnya ada tapi aku kedekut lebih. tanak beli guna duit aku. hahahaha. keji kan? hahaha




lagi2 pulak penjawat awan dapat setengah bulan jadi sempena hari raya ni. aku lagi la tadah tangan kat kakak aku. dah dia kakak kan. tagak je la adik kau yang mata duitan ni. hahahaha. aku ingat tahun ni aku tanak la beli spek, pakai je spek lama tu. ada 2 spek aku sekrang. spek lama tu beli time nak naik degree mesti elok lagi kan. sem ni beli lens je la. lagi pun aku pergi kelas pakai lens. bukan pakai spek sangat. sampai kawan2 aku tak tahu yang aku ni pakai spek. ada yang tanya, memang aku dah tak pakai spek ke? kat rumah aku pakai spek la. keluar jalan2 je aku pakai lens. tu pun kalau rajin, kalau malas aku sarung spek ni. senang!


panjang dah owh aku membebel. baju satu hapah pun aku belum kemas lagi. sat lagi akak aku balik. nak pergi jalan2 dah. baju apa nak pakai pun aku tak tahu lagi. bedal je la hape2 baju pun. malas pulak aku nak pikir. huuuuu..


ok la berenti sini dulu ye. babai!






2 comments:

Green Apple said...

bestnya kalau ada org sponsor baju raya...

Anonymous said...

robek kocek camnih haha