Happy Cat Kaoani -->

Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa di Persada Johor~





Assalamualaikum semua!



selamat pagi kawan2. semoga sihat hendaknya! apa?nada yang tak sihat? banyakkan berehat ye. puasa dak? dak? hahahha.. kesian dia saket ye. bersabar ye, tu semua dugaan yang Allah berikan kepada kita.


sebenarnya aku ni nak bercerita pasal semalam. semalam aku berbuka bersama staff Puteri Pacific Hotel dan Persada Johor. korang tak akan dapat kenal dengan mereka melalui laman web mereka sebab korang kena kenal mereka dari hati dan perasaan.


oyehhh.. mereka sangat awesome dan baik2. sampaikan kalau ada acara perpisahan kami haruslah kami nangis2 sebab sedih berpisah dengan mereka. yelah, lepas ni mana la nak mengadap muka meraka lagi sebab dah tak praktikal kan. semua baik2, semua dengan senang hati beri tunjuk ajar pada aku yang tak reti ni. semua rasa berbesar hati sebab kami masuk sana dan mereka melayan kami dengan baik.


terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi mengajar dan melayan kami dengan baik. sekalung budi ini tak dapat dibalas dengan sebaris ucapan terima kasih sebenarnya. ia lebih daripada itu penilaiannya. wah! apesal ayat aku begitu puitis? hehehehehe


dengan penuh sabar aku dapat menghabiskan praktikal disana. disana banyak mengajar aku erti sahabat, bersabar, erti kematangan dan kerajinan. waaahhh.. hasilnya?? sekarang aku semakin rajin. wewewe.. bagus tak??


semalam aku pergi jumpa dulu orang2 housekeeping sebab ada benda yang nak di cop. jadi bersalam- salaman dan berbual2. mereka ni superb best. jumpa mesti nak peluk2. rindu la kat pelajar2 praktikal ni rasanya.


dan semalam ada kawan aku chat lepas balik rumah. kenapa ko tadi moody? hahaha.. aku tak moody pun la kawan. aku cuma segan je nak makan meja belakang. meja kau. kau dengan dia dan dia kan? dan aku dah duduk dulu dengan mak2 yang suprb baik tu semua. jadi macam rasa menggedik je aku nak tukar2 tempat duduk. hahahha.. boleh terima tak alasan tu?? hehehehe


nak gambar? OMG! aku lupa nak snap2 gambar semalam. sebab segan punya pasal aku tak ambik. macam kemaruk je kau nak snap2 bagai. sebab semua orang macam relax je tak ada feeling nak ambik2 gambar poyosss.. hahahaha. jadi haruslah aku maluuu nak sap2 bagai. jadi entry ni tak bergambar la ye.. soriiii...


apa yang best? tentulah makanannya!! OMG! sedapnya nasi beryani, udang, ikan, dan kurmanya! nasi beryani yang cukup lembut dan tak terlalu berempah. ada pulak ayam dan kambing. pui! lepas tu ikan siakap sambal. sodapppp jugak tu. dan yang paling marbeles adalag udang goreng butternya! manis2 udang fresh dengan kebesaran dan kelembutan udang tu superb la! menyesalnya aku ambik 2 ekor je! nakambik lagi maluuuuuu... hikhik


kurna adalah perkara pertama aku nampak. sebab kurmanya besar2 dan tegang. bila makan rasa macam buat prune pun ada. seriyes sedap sampai rasa nak nangis. hahahhaa. tipu la nangis kan...sedapnya kurna ini  sampai ditapau dalam tisu 3 bijik dan bawak balik rumah kasi akak, mak dengan abah rasa. hahahhaa..


makanan hotel kan, haruslah sedap melampau. sebab kalau nak berbuka kat hotel atau persada cecah la RM80 ke RM 90 sorang. ok, seorang ye. jangan memain. harus la orang macam aku akan tak mahu pergi walaupun sebenarnya mampu bayar. membazir ok! mahal gila dah la aku makan ciput je. hahahaha. tak berbaloi sebab aku hanya boleh makan berselang, sikit2, sikit2.. kalau nak balun semua satu masa harus la tak boleh. meletop perut karang! hahahaha



hari ni pulak aku nak pergi semula hotel untuk buat perhitungan terakhir! hahaha.. hitung duit elaun je. aku nak  ambil dokumen sikit. lepas tu bye bye Puteri Pacific kita jumpa lagi ye kalau ada jodoh! =)







1 comment:

Dosh Saleem said...

saya orang jb tapi tak try lagi. T_T