Happy Cat Kaoani -->

Thursday, July 7, 2011

Selamat Pagi!



salam kawan2! selamat pagi semua.. semoga hari ini memberikan sinar kepada anda semua. selamat hari khamis. apa yang best hari khamis ni? iza pun tak tahulah.. yang pasti hari ni iza kerja masuk pukul 3 petang balik pukul 11 malam. hikhikhik. ni first time kerja malam. nak kata malam best tak jugak. pagi lagi best rasanya.. hukhuk


even masuk kerja pukul 7 pun ok sebab balik cepat. boleh la tidur buat benda2 lain siang tu. balik kerja pun masih panas terik lagi tak la dah gelap ataupun dah remang2 baru nampak rumah.. haiiii.. tak best sebenarnya kerja ni. macam tak ada life. life hanyalah kerja! nak dapat jodoh pun susah. jodoh biasanya dekat tempat kerja jugak la nampaknya! hahahaha


ramai kot yang berkapel dan jumpa jodoh dekat hotel tu. yelah, cubalah kau fikir dah kita kerja 8 jam sehari.. tapi mereka selalunya lebih.. balik kerja penat then tidur... yang kita banyak bersosial, yang kita banyak bercakap dekat tempat kerja tu yang ramai bertemu jodoh dekat sana tu. balik sia dia ni kapel dengan dia ni, dia ni kapel dengan dia ni. dia ni ada awek kat jabatan ni. dia ni kat department ni.. haiiii.. keciknya dunia!


macam jugak student life, biasanya student ada awek ke pakwe kalangan student jugak.. jarang la pakwe dan awek dikalangan bukan student. macam pakwe askar ke, pakwe polis ke, atau apa2 aje kerja. biasanya mesti student, kalau tak sama tempat belajar pun mesti student jugak. yang bukan pakwe kalangan student tu biasanya kenal dari member, dari keluarga, dari facebook, dari chating.. dari banyak tempat la biasanya.. hehehe. tapi solusinya, tempat yang kita duduk tu la tempat yang membawa banyak kenangan dan pengajaran pada kita.


apa yang aku menceceh banyak sangat pepagi ni? hahaha.. aku pun tak pasti kenapa. mungkin tekanan perasaan sewaktu bekarja kot. yelah, orang dok cerita pasal pakwe la b la depan aku. sebab pakwe diorang depan mata. hadoi... cubalah jangan nak bercinta sangat depan aku. rimas aku dengar! *rimas ke jeles aku ni??*



pagi2 lagi korang dah baca entry membebel kan? bosan betul iza ni. sekejap guna iza, sekejap guna aku. ape lah.. tapi biasanya kalau membebel guna aku je. kalau marah pun aku. kata ganti nama ketiga panggil nama sendiri memang sangat kekok. ni baru cuba2 panggil ni. hehehe.. jadi kalau ada sekejap iza sekejap aku tu harap maaflah ye.. =P


korang sarapan apa pagi ni? iza pun tak tahu nak sarapan apa. mari la jenguk2 apa yang boleh dimakan. tengahari pun macam tu nak makan apa ntah sebelum masuk kerja pun iza tak tahu... huuhuuuu..










No comments: