Happy Cat Kaoani -->

Saturday, June 25, 2011

Spoil Mood 7 Minggu akan Datang!

 


salam kawan2 semua, maaflah lama tak menaip blog. praktikal sangat penat. kerja macam orang tak ada life... sangat la tak ada life. macam hidup kau hanya dengan bilik sahaja.. nothing with dunia luar.. 


buat setakat hari ni, aku tak rasa hidup mereka macam sungguh2 tak ada life. aku rasa macam hidup ni kosong, hanya dengan bilik yang kita kena siapkan je. buat bilik macam orang gila. 


aku masuk housekeeping sekarang ni. ye HOUSEKEEPING. yang semua orang tahu kerja housekeeping ni penat. ok, sangat PENAT! buat bilik, kemas, bilik air, kemas katil. ye aku tahu, semua orang buat benda tu. sape yang masuk housekeeping tahu la saket pinggang malam2 tu macam mana. 


point dekat sini bukanlah pasal housekeeping keje penat. FO kalau bahagian Bellman memang penat jugak. kerja adalah berdiri. macam aku dulu, sampai saket kaki. bengkak okeh kaki aku masa tuh. aku tak snap gambar pun, tak terpikir pulak nak ambik gambar. tapi serius nak jalan pun tak boleh, nak pakai selipar pun tak boleh... saket gila ok nak berjalan.. dah macam gout je gayanya! ahahaha


ni nak cerita pasal praktikal aku bukan pasal aku saket hari tu. balik cerita semula!


bermulanya macam ni. aku masuk department Front Office, than kerja selama 5 minggu than, masuk housekeeping selama 7 minggu, korang rasa macam betol ke tak schedule tu? tak kan?? kenapa kawan2 aku boleh terbalik pulak, diorang 5 minggu housekeeping then 7 minggu FO? kenapa tak 6 minggu 6 minggu sama2 department tu? WHY??


dalam kepala aku keep asking kenapa macam tu? sangat tak fair kan? aku pikir la macam mana nak dapatkan department selain HK dan FO. jadi aku make a letter then emel kat HR department aku. and you know, macam mana feed back yang aku dapat lepas aku hantar emel tu?? yessss... aku kena panggil dengan HR dan dia bagi tazkirah la.. kenapa aku hantar emel then aku CC dekat semua department head yang aku nak masuk? why? ni membuatkan mereka pandang serong dengan aku. aku malas nak pikir pasal pandang serong tu, pada aku ni semua aku kena suarakan, itu hak aku. then dia macam perli2 tanya siapa ajar aku hantar emel ape semua, aku dah prepare jawapan dah kalau hal tu dia tanya, ye la, aku kena la pandai putar belit sikit supaya orang dalam opis ni terlibat..


then, jawapanya TIDAK BOLEH ke department lain selain yang dia dah tetap kan. dia tu maknaya HR la.. frust jugak time tu, marah, saket hati semua ada.. mula2 aku memang takut masa dia keep asking aku itu ini. Jeff diam je bila disoal. then , dia kata aku yang rancang, dia ikut je then aku yang jawap semua. aku jawap baik punya.. sebab aku tahu, walau macam mana pun aku tetap dipersalahkan atas alasan apa pun..


yang aku paling tak tahan bila HR training assistant tu cakap " i was traped" eh engkau? siapa trap kau? aku cuma mintak hak aku. aku nak merasa, nak cuba.. kau rasa aku perlu tahu tak semua tu? perlu kan?


but they reality is NO! aku tak boleh pergi ke department lain selain FO dan HK sebab department lain macam Sales dan Purchasing tu banyak yang PnC. Private and Confidential.. ehhhhh... jawapan tak masuk akal! macam la aku tak tahu berapa ramai budak praktikal kos2 lain dekat atas tu.. dekat department yang kata P&C sangat ??


samapai ada sorang budak tu ambik kos Legal International dari Universiti Malaysia Perlis tu, dapat praktikal dekat bahagian Legal siap belajar dengan orang penting syarikat, lebih kurang macam Lawyer syarikat. jadi korang boleh fikir tak apa yang dia belajar hari2 dan apa yang dia boleh nampak dan dengar hari2? of coz la legal, yang bersangkaut paut dengan syarikat kan?? macam tu P&C jugak ke??


then, HR hantar emel dekat lect aku cakap aku ni memandai2 je. then lect aku balas cakap jangan memandai2 dua department dah cukup.. lecturer2 macam mana la kau nak tahu hati anak2 murid kau? 


aku bengang jugak la. dari ramai2 budak praktikal aku je yang berani bertindak. semua aku yang tanggung, biarlah. aku bukan nak berahsia, tapi semua aku hadapi dengan tabah. biarlah HK manager aku nak pandang serong pada aku ke apa. sebab aku tahu, aku tak lama dekat situ. hopefully samapai jangka masa 7 minggu akan datang ni je aku kena plastik, lepas tu good bye Puteri Pacific!


aku tak sabar nak habisan 3 bulan ni. aku harap cepatlah masa berlalu, dan aku semakin tabah menghadapi. 


serius aku cakap, aku rela jadi bell girl angkat barang, hantar barang selain dari bukak pintu untuk guest aja.. tapi aku enjoy kerja sana. pekerja baik dan kerja tak la macam pencacai.. sorry to say.. saya tak suka kemas kekotoran orang lain.. i am sick to do that!!


hahahaha...penat! penat meluah perasaan tak puas hati..




No comments: