Happy Cat Kaoani -->

Monday, June 13, 2011

Bengkak Kaki




assalamualikum semua kawan2? sihat?? semoga sihat la hendaknya. jangan macam saya terdengkot-dengkot2 jadinya..kenapa?? mesti nak tahu kenapa kan? ke tak ada orang nak tahu eh? bajet perasan betol la iza ni ada orang nak ambik berat pasal dia kan?  kesian saya kan?


hari sabtu hari tu macam biasalah saya balik kampung lepas balik kerja... lepas tu malam pergi karnival semua then balik. malam tu cuci baju dan tidur..


esoknya saya bangun pagi ahad tu kaki saya sangat saket dan bengkak. belakang tumit dekat keting tu yang benjol dan saket tu mungkin saraf dan effect satu kaki.. kamin bengkak dan tegang lagi kaki kiri saya.. puiii... nak jalan pun saket gila. saya cakap dekat mak, mak suruh letak mingak gamat dulu sebab mak nak masak sarapan. saya kata minyak gamat busuk. lepas tu mak yang letak minyak  gamat tu kat kaki saya.. bukan saya letak sendiri.. hehehee


lepas mak masak sarapan dan makan semua, saya, mak dan akak ke klinik kat pekan. akak batuk dan selsema. saya saket kaki tu yang nak dapatkan ubat dan makan ubat cepat bagi cepat baik. saya tahu badan saya ni tak mudah kena saket tapi kalau saket cepat je sembuh.. senang la sikit.. tu yang saya suka sangat ubat.. sebab ubat boleh menghilang kesakitan yang saya alami tapi tak lupa dengan izinNya juga.. =)


lepas ambik ubat semua saya balik dan makan ubat. petang sikit saya balik JB semula. dah ok sikit. dah tak bengkak sangat dah. hari ni saya rasa dah ok walau bukan sepenuhnya.. bengkak dah susut. benjol dah tak saket sangat dah. cuma nak biarkan dia betol2 baik dulu.


jadi saya dapat cuti hari ni sebab semalam keadaannya sangat teruk. tak boleh jalan sangat dan nampak sangat bengkaknya. kalau saya tak boleh berjalan macam mana saya nak kerja kan? pergi balik kerja kena jalan, kat tempat kerja pun berjalan dan berdiri je dengan high heels tuh.. haiii.. mintak la cuti hari ni. jadi sedang bersenang lenang la dekat rumah sekarang ni di hari isnin dan orang lain dan kakak saya kerja.. lalalalala~


malas benau nak tepek gambar ubat saya makan tuh. tak payah la eh? boleh? hahah.. dapat buat urat, bengkak, antibiotik, dan krim sapu.. 













kasut yang atas ni paling aku suka.. nampak simple je tapi menarik.. terpikir juga nak beli kasut baru atau nak tampal span je belakang kasut lama tu.. bukan tak boleh pakai lagi tapi boleh menyakitkan kaki je sebenarnya.. huuuu.. petang ni nak pergi giant tengok2 dulu, kalau berkenan nak beli satu.. hehehehe


ok. sesiapa yang kerja tu kerja elok2 ye.. siapa yang sekolah tu selamat bersekolah... lalalalala~



2 comments:

Ardini Humaira said...

moga cepat sembuh tau dear :)

Nour Eyza said...

terima kasih ye dni.. =)