Happy Cat Kaoani -->

Sunday, May 8, 2011

Isu Kahwin Muda - Bagi Lelaki dari Pandangan Wanita~



asalamualaikum kawan2 sekalian. selamat pagi. malam tadi panas betul kan?? aiyooo.. tak tahan rasanya. ermm... ni saya terlintas. tak la terlintas sangat pun. saya nampak fenomena ni dalam beberapa bulan lepas dan apa yang saya nampak sekaliling saya.


apa yang saya nampak ramai anak2 muda yang kahwin awal. muda. seawal umur 23. dah 24. entah pada saya umur 23 dan 24 sekarang amat muda untuk berkahwin. saya bukan kata pasal kemampuan batin. sebab batin yang meronta la mintak kawin kan? ni pasal KEWANGAN. kalau kita fikir logik. umur 23 or 24 yang baru habis belajar universiti atau apa2 tempat belajar akan adakah wang untuk membuat majlis perkahwinan? 


majlis perkahwinan sekarang berapa budgetnya? berapa pula ramai orang yang mahu di jemput? selepas kahwin mahu makan apa??


kalau kenduri kendara je makan dh RM 10 ribu. tu belum lagi hantaran. mas kahwin kan? belum lagi itu ini. pelamin, baju, mak andam, photoshoot. dan macam2 lagi benda sampingan yang nanti kena add on lepas tu.


saya memandang perkara tu amat besar dan serius. isu wang. saya tak mahu berhutang banyak2. dan saya akan fikir macam2 itu ini untuk kahwin. kahwin bukan perkara mudah. lebih2 pada lelaki. 


tapi apa yang saya nampak sekarang asal saya dapat kad jemputan je datangnya dari pasangan yang lelakinya lebih tua setahun atau 2 tahun dari saya. kalau dah 25 tu kira ok la. tapi kalau 25 baru habis belajar datang mananya duit?? kerja pun kontang-kanting lagi dah kawin? hebatttt...


tu semua guna duit mak ayah la tu kan? tak salah guna. tapi kalau saya lebih puas hati guna duit kita sendiri. wahhhh.. kalau macam tu  nak guna duit sendiri semua mau tua nanti baru kahwin la kan? ok tak apa.fikir yang terbaik. grab dato'2 cepat2.


saya tak tahu, memang yang baik adalah terus kahwin dari berhubungan kekasih bagi mengelakkan apa2 perkara tak baik berlaku tetapi, fikir la. baru jejak kaki luar u dah edar kad kahwin? OMG...


saya datang dari keluarga bukan berada. saya tahu kesusahan mencari wang tu. saya amat hargai wang. saya pula sering meminta-minta. jika saya nak apa2 saya akan ikhtiar kalau dah tak ada sumber sangat baru saya akan mintak.


bebel panjang2 pun tak guna kan? ramai je dah selamat jadi suami orang. kalau hati dah suka kan? apa nak di kata. kalau perempuan kahwin awal tu normal. tapi masalahnya apa saya nampak perempuan pulak kahwin lewat sekarang. apa dah jadi ni??


saya? ai? tanya saya pulak?? study tak habis lagi jangan nak berangan sangat la.paling2 pun umur 27 baru terhegeh2 cakap dengan faily kot. tak tahu la.. pada saya kerjaya, rumah, kereta, bayar balik PTPTN dan bagi wang bulan2 pada mak abah adalah prarioriti...


OMG, oh menarik gila. panjang nak mampus kau membebel ni eyza oi. perasn ada orang baca la kan?? hampehhhh...


ok la. mau mandi. panas owh!






* malas letak gambar. biar bosan. hahahaha*




No comments: