kan saya dah janji akan rompak dari fb kawan2 saya untuk gambar2 yang cantik dan solid. sebab kawan2 saya bawak DSLR yang mantop dan memungkinkan nampak dengan jelasnya segala cacat cela diwajah walupun hanya garis2 halus. -.-"
walaupun saya hanya malu2 kucing beranak lima sewaktu mengambil gambar kerana kononnya berasa malu untuk mencapap di khalayak umum. padahal sendiri camwore adalah tahap rasa nak muntah. angel same je bila ambik gambar. tapi bila di khalayak umum saya cuba behave. cuba ok. =P
dengan ini saya berjaya merompak dari fb group saya dan tepek disini bagi anda2 semua lihat kerajinan kemeriahan kami ber'pink' sambil berBBQ! ye, tema BBQ kami adalah warna PINK =.=' sangat gegurl bila kena pakai baju pink sebab saya takde baju pink.. tudung adalah..
kalau tak pakai nanti di cop sebagai tak ikut tema jadi haruslah ikut segala tema yang telah dirancangkan oleh admin! yawwww!..
inilah semua kawan2 saya yang hadir BBQ tu. lebih kurang separuh dari kelas je yang join. tak pe yang penting happening. ada juga pakai baju tak ikut tema sebab tak ada baju pink. sangat gegurl la pink. ai pun tade okeh. hahaha.
ayam2 di atas BBQ. sila abaikan kekotoran di tempat bara tu. yang penting jaring alas bakar tu bersih ye. baru beli. jangan risau akan kebersihannya. dijamin. buktinya sampai hari ni tak ada dengar sape2 yang saket perut atau cirit birit lepas balik BBQ. kalau ada pun sebab ter'overdose' makan. -.-' haha. sedap sangat la kot BBQ ni sampai pulun habis2an.
orang kata gambar membuktikan segalanya. buktinya semua gambar dari sini dan kebawah semua saya sedang membakar. ok. saya memang rajin. kan saya dah kata, saya memang rajin. -.-" *sila abaikan statment sengal ubi gadong tu ye*. saya take part membakar ayam di tempat grill kecik ni, sebab dia lebih rendah berbanding BBQ yang permenant tu tinggi. ai ni dah la tak berapa tinggi. =P
yang sibuk menunjuk-nunjuk itu ini tu Muiz, dia la yang rancang semua ni. dia dan sorang lagi kawan. kami panggil dia Admin. sebab dia yang bersusah payah berusaha menjayakan program ni. harus la seperti seorang diktator! hahahahaa.. ok tak pun. dia tengah cakap sesuatu je tu. hehehehe.
jika ada lagi sape2 punya kamera yang ada gambar best2 sila la upload untuk kebaikan bersama. sharing is caring. sharing is sweeet.. ok. ape aku merepek ni? sangat tak lawak ye eyza!
ok dah. nak mandi dan study. study ke? study la sebab paper hari selasa ni. uarrrggggghhhhh! tensenya paper ni. sangat risau dengan paper yang ini. ntah la kenapa. tensen sangat. hadoiiii... -.-" sebab paper kira-kira. mane la ai reti sangat an. harus la ada orang ajar ni. kalau tak menganga je ntah ape nak dijawabnya dalam kertas soklan tu nanti.
mari kita study kawan2! cewah!!!
tata.
No comments:
Post a Comment