"Empangan kalau sudah dibuka, manakan dapat menahan airnya"- Kamawas, HMM 2011.
sebenarnya dah basi dah cerita ni. aku tengok cerita ni hari isnin hari tu tapi tak dapat nak membebel dekat sini. ni baru ada kesempatan. aku nak membebel pasal cerita terbitan KRU Studios. memang mantap habislah. kalau aku bagi rate cerita melayu memang boleh dapat highest mark. bukan sebab dia punya modal RM8 JUTA tu.. tapi sebab cara penceritaan dia.
aku suka sangat bila starting cerita tuh. cara penceritaan di sangat unik. dengan angel camera yang best. skrip bahasa lama dan sangat unik digunakan waktu bercerita tentang permulaan siapa Merong Mahawangsa. pemilihan pelakon yang tepat dengan gaya tersendiri.
dan badan Stepehen Rahman sangat mantop! huish.. efek yang bagus walaupun belum mencapai efek hollywood tapi ia satu permulaan yang sangat baik!
starting bermula je cerita bila lihat kapal2 layar Rom menuju ke China tapi hilang satu persatu dipukul ombaik badai aku cuma boleh kata "banyak duit KRU". WOOWWWW... macam cerita The Chronicles of Narnia! hebattttt!!
tapi masa babak Merong bercakap dan bercinta dengan Embok, aku bosan. jadik tertidur dalam panggung. best sangat dengan sejuk2 tu. melelapkan mataku yang sepet ini. bangun2 je aku nampak Kamawas gila nak tuan puteri. dan aku dengar quote diatas. sepanjang jalan tak boleh blah asyik cakap je kawan2 aku ni.
tapi overall best la. cuma sedikit sedih kerana ending Merong mati. choyyyyyyyyy.. hero kena la hidup!!!
dalam poster ni muka pelakon semua lain gila! tak kenal sangat. tapi bila dah tengok baru aku kenal. pelakon hebat2. patut lahhhhhh!
apa pun SYABAS KRU...
permulaan yang baik!
chewaaaahhh!!
1 comment:
bestnye.. dni lom tengok lagi ;)
Post a Comment