SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan pengajian diploma dua trek dalam usaha membantu pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik untuk mendapat peluang pekerjaan.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata diploma dua trek itu akan menilai kemampuan pelajar yang mengikuti pengajian sehingga ke semester ketiga sebelum pihak universiti menilai tahap kecemerlangan mereka menerusi himpunan mata nilai semasa (GPA).
"Mereka yang mendapat pungutan GPA kurang cemerlang akan diserapkan ke pengajian terus dengan industri yang lebih berorentasikan ”hands on” supaya mereka berpeluang mendapat pekerjaan sebaik tamat diploma,” katanya.
Beliau berkata pengajian diploma dua trek yang bakal dimulakan dalam masa terdekat itu akan membabitkan bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan dan teknologi maklumat.
Khaled berkata diploma dua trek itu merupakan satu langkah yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan dan negara dalam usaha supaya universiti mampu melahirkan graduan yang simbang dalam aspek kemahiran dan intelektual. — Bernama
nampaknya UiTM benar-benar menolong bangsa melayu kita. semua untuk anak2 bangsa yang bakal menerajui negara suatu hari nanti.. moga2 dengan wujudnya program ini lebih ramai anak melayu yang mendapat pekerjaan...
ingatlah wasiat ke tujuh raja-raja Melayu.. Melayu sebagai bangsa utama dan tidak menghilangkan hak bangsa lain..
kejayaan yang luar biasa bermula dari seorang manusia biasa yang berusaha secara luar biasa...
ceeehhhh.. gua apal iklan dalam u ni derrr... hebat tak gua?? hahahaha
No comments:
Post a Comment