Happy Cat Kaoani -->

Sunday, November 14, 2010

Tan Sri Add Aku di Facebook!

aku ada dapat banyak invitation add friends dari orang di facebook. mostlay budak2 kampung bawah dari umur aku. aku tak kenal kadang2 siapa budak tu sebb letak nama mengarut-ngarut. kadang2 kalau aku baik hati aku tengok dulu gambar dia (kalau tak private la) untuk kenal yang mana satu orangnya. kalau aku sure kenal orang kampung atau budak2 sekolah lama aku baru aku approve. 



tapi kalau internet tak kuat cam ni aku memang ignore sahaja. nama mengarut-ngarut je yang diorang tulis macam nama aktor korea, nama kartun dalam anime atau apa2 la yang pada diorang best. dah tu letak gambar merepek-merepek pulak. entah gambar benda2 apa je yang dia letak tiba2 add orang. orang bukan kenal dia siapa. bukan la tak mahu approve sahaja tapi sekarang ni kita kena la tengok orang tu siapa kan sebelum nak approve. 


maaf kalau ada sesiapa yang baca ni terasa. aku bukan maksudkan korang. aku maksudkan budak2 kampung aku yang suka letak gambar pelik2 dan nama pelik2 lepas tu add aku. aku tak kenal identiti mereka pulak tu. please be matured dan tunjukkan korang yang sebenarnya...



aku kadang2 jadi tak kenal siapa la budak yang add aku ni? padahal budak tu memang dah sedia aku kenal dari dulu. haha. aku tak suka sangat yang letak nama lain dan bukan gambar dia di facebook lepas tu add aku. kalau orang yang aku dah kenal korang nak tukar gambar seibu kali pun aku tak kesah sebab aku dah kenal kan.. hehehehe


ni ada yang sampai tulis Tan Sri Dato' Asyraf apa la.. macam, eh, eh, ada tan sri add aku ke? sekali budak2 je menyamar tau.. hahhaha.. merepek2 je budak2 sekarang..



No comments: