Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, November 10, 2010

Lesen bas dua syarikat dibatal




KUALA LUMPUR - Lesen operasi kesemua 11 bas ekspres milik syarikat Kuala Lumpur-Malacca Express Sdn. Bhd. (SKLME) dan sebanyak 99 lesen bas sewa khas milik syarikat Taipan Suria Sdn. Bhd. (Taipan Suria) dibatalkan serta-merta semalam ekoran dua nahas yang mengorbankan 20 nyawa bulan lalu.
Serentak dengan pembatalan lesen itu, semua operasi kedua-dua syarikat tersebut juga dihentikan dan jika ingkar, tindakan sita premis akan dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang mengadakan pertemuan kelmarin.

Sumber : Kosmo!

errkkk.. korang paham tak yang aku dah banyak kali sangat naik bas Delima ni.. tak tahulah yang mana excident hari tu tapi kalaulah yang excident hari tu bas yang pernah aku naik alangkah seramnya... -___-"

jadi lepas ni tak akan nampak lagilah bas Delima atas jalan atau PLUS..dan yang paling penting, semakin berkurang la bast dari Johor ke Melaka. sebab ada beberapa bus je yang akan ke Melaka dari Johor macam bas KKKL, Delima, Singapore- Malacca Express dan 707 Travel sahaja..  ishhh.. nasib baik saya sudah tidak gunakan bas itu lagi ke Melaka.. 
lagipun aku sudah tak belajar saya..
nasib baik..


No comments: