anda diwajibkan meletak satau gambar anda bersama kawan baik anda.. satu je tau! maka inilah gambar saya bersama kawan baik saya!
nama bestfriend saya Nurul Husna Zulkifli. beliau berasal dari Pahang. apa yang saya sayang sangat dengan dia adalah, dia kawan pertama yang saya jumpa masa saya masuk diploma tiga tahun lepas dan perhubungan kami kekal sehingga kini. beliau sangat baik hati dan sentiasa bersama saya saat susah ataupun senang. belai sangat manis dan peramah. kami tak pernah bergaduh. sebab adanya persefahaman antara kami. dulu masa diploma saya sentiasa bersamanya. berjalan menuju ke kelas, dan berjalan keluar..
kami saling mendengar masalah masing2. dia sangat tidak berkira dan lebih senang dibawa kemana-mana. banyak sangat suka duka kami bersama dari saat saya menjejakkan kaki ke universiti masa diploma sehingga kami masuk lagi universiti untuk ijazah.. pelbagai susah senang kami kongsi bersama. sangat banyak memori itu yang tak mampu saya ungkapkan satu persatu!
saya cuma berharap beliau sentiasa gembira dan mendapat apa yang beliau hajati. sekarang kami sudah lain kos. jadi berlainan kelas dan masa. beliau sangat sibuk dengan urusan beliau sebagai pelajar dan semester depan beliau akan berpindah dari Shah Alam ke Puncak Alam.. saya turut rasa kehilangan kawan yang sentiasa bersama saya selama 3tiga tahun ini.
ye, saya tak reti nak cerita dengan cara happy atau kelakar. saya lurus2 sahaja. hikssss,,, apa yang penting saya doakan dia sentiasa dalam lingkaran rahmat Allah dan tidak melupakan persahabatan kami..
saya sayang bestfriend saya ketat-ketat!!
p/s :: beliau yang baca sila jangan terharu okeh..hehehe
saya harap saya ada peluang dalam kontest ni. walaupun jalan cerita buhsan lurus atau kalau naik kereta tepi jalan semua kelapa sawit dan pemandangan sangat tak best tapi terpaksa tempuhi juga.. apa saya merepek ni??
okeh, jika anda berminat jugak untuk menyertai kontest ini boleh picit gambar atas kuat2 atau tekan sini
No comments:
Post a Comment