tadi aku balik dari Johor Bharu ke Shah Alam.. dengan tambang RM40 kerana ada perayaan maka aku naiklah bas Seranas 96.. cantik kau basnya.. baru lagi.. plat pun WUD.. waaaa... bas 2 tingkat pulak tu.. aku dapat duduk single seat belakang sekali.. tak pe.. janji single seat.. aku suka..
seronok la, bas pun bas baru sedap je.. lebih kurang sejam lebih bas berenti di hentian sebelah, 10 minit je.. untuk buang air.. lepas tu bas jalan balik.. aku ni tak turun sebab malas kan.. aku dok membaca notes housekeeping je.. hafal sikit2.. ermm.. boleh jugak la masuk.. sebab senyap je kan..
sekali bas tersengguk-sengguk dan semakin slow.. aircond termati dan bas pun mati di bahu PLUS tempat ruang kecemasan.. puiiii! menci aku tengok ah.. driver pun kata.. ada kerosakkan sikit.. sikit ke? choyyyyy...
masa berganti.. saat berganti minit, minit berganti jam.. maka suasana dalam bas semakin panas.. panasssss!! dengan lalat yang banyak..apekehal ade banyak lalat dalam bas ni? dah la bas baru lak tu.. cisss!!
dekat 2 jam duduk dalam bas dengan mengipas2 diri dengan sekeping kertas A4.. cam banggang je.. aku malas nak keluar bas sebab kalau keluar kena bawak beg laptop ni.. takkan aku nak tinggal laptop dalam bas aku dok senang-senang kena angin luar bas? nehi.. nehi.. mana buleh tinggal bahaya tau!!
dah la tengah2 lebuhraya.. bas dan keta banyak.. sume bas lalu hon je.. tak de la ura2 nak berenti ke hape.. ada sorang perempuan ni dah marah2 dah sebab bas rosak.. dia kata baik buang je bas dalam laut sebab bas baru tapi rosak jugak.. hahaha.. macam ayat aku je kan? perempuan tu macam vouge2 gitu la dengan high heels nya yang tajam.. kardigen kat badan dengan tudung syiria melekat.. cakap ala2 'i' 'u' macam tu.. perempuan tu bising2 sebab panas dan lalat banyak.. aku nk je sound setepek kat perempuan tu.. macam dia sorang je panas dan kena kacau lalat tu.. semua orang panas dalam bas tu.. tak de nak emo2 macam dia.. kalau dah vouge sangat tak payah naik bas, baik kau drive je kete kau sendiri.. senang, sejuk je.. tak ada lalat..menyampah pulak aku tengok perempuan tu..
akibat panas melampau aku pulak yang emo2 dengan perempuan tu.. tapi aku tak sound la.. perempuan tu suruh on aircond.. ape ke bijaknya.. kalau dah tak boleh start langsung cam ne nak on aircond.. bijak bistari betul la...ishhh..
tapi tadi masa ramai2 orang keluar duduk2 tepi longkang sebab panas tu aku nampak sorang mamat ni muka dia macam Syed Husin kumpulan VE tu.. cumel siot.. ntah dia sedar ke tak aku sik2 pandang dia je tak tahu la.. hikhik.. ada juga penjamu mata aku panas2 ni..
dekat2 pukul 5 baru ada sebijik bas persiaran berenti dan tumpangkan kami.. aku cepat2 berebut naik sebab tak ramai boleh naik.. dalam 15 orang je boleh naik.. hahaha.... yang penting aku dapat naik.. maka sampailah Shah Alam pukul 7 malam.. haih... penat aku tunggu rescue tapi hampa.. kalau aku ni anak orang kenamaan kan best.. kol je mesti ada helikopter datang ambik aku... kalau macam tu baik aku naik heli je balik u kan? hahahahha.. berangan la kau izaaaa!
memang best kerja merepek berangan ni.. sebab ianya semua indah2 belaka.. indahhhh la sangat aku belum study ni oiiiii.. pergi la baca buku iza! tak sedar diri nak exam!!
No comments:
Post a Comment