Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, October 13, 2010

Part Time - Selamat Datang Ke Dunia Kelam Kabut!

semalam buat part time di rumah Perdana Menteri kerana ada function Permata Anak Negara tu. eh, sebenarnya tak ingat tajuk function. ada siaran langsung dekat TV1 malam tadi pukul 9 rasanya. korang tengok tak? tak tengok? rugi! cehh..haha


aku kerja part taime dekat sana semalam. menimba pengalaman. best tapi sangat penat dan saket kaki. disebabkan pakai kasut terlalu lama dan tekanan kaki kepada kasut membuatkan kaki tak mampu menampung kesakitan.

pergi ke Putrajaya naik bas yang disediakan oleh Shangri-La Hotel. sebab catering under Shangri-La. sampai rumah PM lebih kurang pukul 3lebih dekat pukul 4. tunggu arahan orang atasan. tapi mundar mandir kesana kemari tanpa arah tujuan. lebih kurang pukul 6 baru dapat arahan dari pihk hotel dan dapat jaket serta disuruh makan. makan ala kadar, dengan keadaan tegang kerana mulanya tiada lauk. fine, kami tak reti cari lauk. masa ambil air pun kena halau orang Shangri-La. ada sorang makcik tu kata "hey, kenapa ambil air dekat sini? ini untuk staff hotel je. siapa nak basuh gelas kamu semua?" dengan nada yang amat kuat. semua orang dekat tempat makan media dan staff  tu dengar makcik tu jerit. kami dah ambil air punch tu cepat2 lari. lanatak dia. dah ambil takkan nak tuang balik. kelantak la. lagipun kalau kami tak ambil air tu mana nak dapat air? kalau ada bagi mineral tak apa jugak.

lepas makan kami buat kerja. yelah, buat kerja la kan. mula diberikan tugas2 sebenar. dan yang sebenarnya aku aku tak ada tugas specifik. sebab kami adalah sampingan yang tak penting. jadi hanya tuang air kepada guest, hantar air, ambil hidangan macam tu la. ye, manager rumah PM baik orangnya. manakala pakcik supervisor hotel kerek orangnya. merepek je. aku mula2 hanya duduk dekat bahagian tuang air. yeah, air punch campuran buah2an berwarna jingga amat sedap menusuk kalbu. tapi sebenarnya kami dah kehausan.hehe. 

sepanjang majlis berlangsung ada aku banyak duduk di bahagian dalam menuang air kosong dan air punch untuk tetamu. kadang2 tolong pungut pinggan kotor dan alih kutleries. aku suka duduk dalam sebab bahagian dalam sejuk, ada persembahan dan aku nampak ramai orang kenamaan dan celebriti. cewah, cantiknya diaorang sebenarnya. heeeee..

tetamu yang aku nampak seperti Dato' Seri Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Dato' Seri Ali Rustam,  Menteri Besar Melaka. Dato' Mashitah, Dato' Shah Reza, datuk2 dan datin lain yang aku pernah nampak tapi tak ingat nama dan semestinya Dato' Sri Najib dan Isteri serta Dato' Sri Muhyidin Yasin. ahh.. tensen tulis nama menteri tak ingat pangkat semua. tapi aku kenal. maaf jika ada kesilapan, saya budak baru belajar.. -_-"

macam2 perkara berlaku. biasalah function. mesti ada sahaja tak kena dalam kelam kabut. selamat datang ke dunia kelam kabut kata chef dapur masa kami bertemu di lif besar tuh. semua functioan macam tu. ada sahaja tak kena. depan senyum belakang kutuk. bukan sekali jadi organisasi function2 besar. dulu masa praktikal pun begitu. ada sahaja tak kena mana2. adat.

dah banyak aku membebel. penat dah. meh la tengk gambar pula. tapi tak adalah gambar menteri2 tu sebab masa kerja aku takut dan tak ambil gambar. hukhuk


:: susun atur meja ::

:: meja yang dah kami susun ::


:: ye, baju saya besar saiz XL jadi saya nampak besar..heeee ::


:: landing lepas habis kerja, penat sangat plus kaki saket, maka semua duduk bukak kasut ::


:: dewan yang penuh tadi dah kosong kami kemas meja dan kerusinya ::


:: sesedap oren bersimpuh di atas laluan utama pintu masuk.. karpet dah lembut memang sedap landing! ::

:: pembersihan dewan selepas majlis..::






pssstttt :: yang penting semalam memang masyuk. walaupun penat tapi berbaloi la upahnya. weeeee~


3 comments:

ardinihumaira said...

wahhh bestnye dia ;)

Unknown said...

berapa upah dia..heee..nak tau jgk~

Nour Eyza said...

dni :: best tapi penat sangat,,

yong :: adelah sikit.. tp lebih byk dri biasa la.. bwh seratus tp ats 70..heeee