Happy Cat Kaoani -->

Thursday, October 7, 2010

Minggu Penat Bagi Semua..

salam dear readers, sorry sangat tak dapat update banyak2 buat satu dua hari ni. sangat busy dengan assignment nak kena submit dan juga test yang bertalu2. ceh, padahal test cuma ada dua dan paper exam ada dua juga. busy mengalahkan paper ada berjuta kan?


yelah, test hari isnin mestilah malam sebelum tu hari ahad malam tak tidur membaca kan. lepas tu hari selasa dapat la rehat kejap tapi still kena baca juga untuk test hari rabu. dan sekali lagi tak tidur malam sebab study.

lepas test semalam, malamnya kami ke fine dining Hotel UiTM untuk dinner. Dinner kali ke 3 aku di Meranti Grill. saya suka menolong kawan saya, kerana jika saya menolong mereka, mereka akan tersenyum. saya mahukan mereka tersenyum lega bila saya dapat menolong mereka yang di dalam kesusahan.

lepas makan malam di hotel, kami  berbincang pula untuk membuat assignmet mandarin. kami berbincang dan sebenarnya mata sangat mengantuk kerana sudah seharian tidak tidur. wuargghhhhh,....

balik bilik kena buat skrip mandarin lagi sebelum boleh tidur. wuarrrggghhh lagi.. sangatlah mengantuk yeh! kaki sangat penat dan letih. nak tidur pun tak dapat kerana kepenatan melampaui rasa mengantuk. arghhhh! tak suka situasi begini! saya mahu tidur!

aku tahu korang mesti nak tengok gambar aku makan dekat hotel semalam kan? nak tahu menu2 apa aku makan semalam kan? pergh! semalam punya steak dengan ikan sangat sedap okeh! sangatttttttt...

terima kasih kepada kawan2 yang menjadi tukang masak dan tukang serve sebab makanan kamu semua sangattttlaaahh sedap okeh. mula2 dengar menu macam tak tahu sedap ke tak, sekali bila makan memang puji habis2an la semuanya sedap. soup pumpkin yang semua orang ingatkan tak sedap adalah sangat sedap rupanya. nak2, cecah pula dengan roti yang disapu butter yang amat sedap sampai Irsyad makan butter macam tu je sebab roti dah habis! waaaaaa... memang sedap! nak butter tu!

kami makan berenam semalam, jadi meja besar la. selalu bertiga tak pun berempat kan. kali ni makan ramai2. memang seronok la! weeeeee~

ahh! tak guna cakap je kan kalau tak ada gambar kan? tak naik serinya. tapi aku tak dapat nak tepek gambar sekarang. sekejap lagi aku dah nak pergi KL buat assignment. fuh, semoga semuanya berjalan lancar ye..





psssttttt :: semalam berbincang mandarin dekat McD membuatkan saya ingin mencuba triple cheese burger, kentang bercheese dan aiskrim hijau tu.. tapi kalau bubur pun sedap kan? pie ke? amboooiiiii, besarnya selera kau izaaaa!

No comments: