Happy Cat Kaoani -->

Saturday, October 2, 2010

Hanya Dia Saudara Ku~



entry kali ni adalah mempromosikan kakak aku sendiri. aku memang saje je nak promote kakak aku. saja suka2 sebab kalau tak orang tak tahu aku ada kakak yang cun, tapi adik dia lagi cun. huhahaha... sila jangan muntah. kerana inilah hakikat kehidupan. ecececeh..

kat sini aku nak beritahu yang aku hanya ada 2 orang adik beradik. aku dan kakak aku. sangat sempoi bukan? sila anguk. senang je nak jaga sebab hanya kami 2 beradik je. sebab tu mak aku still nampak muda lagi, sebab senang je jaga anak2 dia ni. tak caya sila jangan tanya mak saya. nanti mak saya jawab lain. huahahaha.

:: di Jeti Tanjung Sedili :: 


meh2 berkenalan dengan kakak aku ni. kakak aku ni baru je di postingkan selepas mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk mengajar sekolah menengah sahaja. kerana beliau baru menempuhi alam pekerjaan sebenar maka aku buat entry khas untuk mempromosi beliau. baik kan adik dia? kan kan kan? sila jawap ya! kalau tak aku cubit korang!

kakak aku ni dulu sekolah menengah dekat sekolah yang sama denga  aku, even mak dan ayah aku pun sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk. seterusnya masuk tingkatan enam disekolah yang sama. selepas mendapat keputusan STPM, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya selama 3 tahun dalam bidang Pengajian Melayu. tamat pengajian, atas desakan pekerjaan yang kian meruncing dan minat yang mendalam dalam bidang perguruan beliau memohon melanjutkan pelajaran ke peringan DPLI di Universiti Pendidikan Sultan Idris selama setahun.

:: di rumah makcik di Singapore ::


pergh, ayat aku macam ayat nak buat biografi tokoh kemerdekaan pulak kan. hahahha. kasi bantai sahaja.

pada hari isnin lepas, beliau telah di postingkan oleh Kementerian Pengajian Malaysia di sekolah yang beliau tak mahu. kenapa saya cakap sekolah yang beliau tak mahu? sebab sekolah yang beliau mahu hanyalah sekolah lama SMK Tanjung Datuk dan sekolah2 berdekatan sahaja. sebab apa? sebab beliau nak duduk rumah sahaja. sumpah pemalas nak merantau kakak aku nih. dia suka duduk rumah sendiri dan ada mak abah. 

:: at pizza hut ::


sekali ambik, dapat sekolah dekat bandar JB. tapi nasib baik bandar. kakak aku ni bukan bleh susah sikit mulut je bising tapi dalam hati ada mop.hahha. mop?? sebab beliau suka mengemop rumah okeh. haha.

tu jela serba sedikit tentang kakak aku ni. sebab aku ada dia seorang je dalam dunia ni jadi aku buat la entry ni untuk dia sorang, kalau ada ramai adik beradik kena la share satu entry. tengok kak! bertuah tak kau? haha

:: raya tahun lepas ::


:: masa daftar masuk UPSI ::

:: masa nak pergi jalan2 ::






ppsssstttt :: kakak, ko tak paham2 lagi ke? penat dah aku buat entry ni. sem depan 'hulur-hulur' kat aku sikit. kui3. korang nampak tak cara aku letak trademark dalam setiap  gambar lain2? sebab aku suka tukar2..hehe. sebab gambar ni ada yang dah lama punya. >.<

1 comment:

Cahaya Mata said...

pergh mcm baca biografi tokoh kemerdekaan... cukup tak huluran aku tu? tak cukup tgu bulan akan dtg ye...