Happy Cat Kaoani -->

Thursday, August 12, 2010

Sultan Johor Murka Lagi


Dua lelaki ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam penipuan sijil pengurniaan Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) palsu pada 5 Ogos lalu sekali gus menambah lagi kemurkaan Sultan Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menegaskan, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kemurkaan itu ketika beliau menghadap baginda bagi memaklumkan kes tersebut.
Beliau berkata, kegiatan tersebut terbongkar apabila seorang mangsa berusia 37 tahun membuat laporan polis berhubung perbuatan lelaki berkenaan yang menawarkan sijil berkenaan dengan harga RM5,000.
“Ekoran itu, saya telah mempersembahkan perkara ini kepada Sultan Johor dan baginda amat murka terhadap apa yang berlaku.
“Baginda bertitah supaya orang ramai jangan terpedaya dengan kegiatan tersebut berikutan pengurniaan darjah kebesaran adalah hak mutlak Sultan.
“Pada masa yang sama pihak istana tidak pernah melantik mana-mana pihak berhubung pengurniaan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber :: Kosmo!

No comments: