Happy Cat Kaoani -->

Thursday, August 12, 2010

Kem Pembangunan Insaniah

seperti yang saya janjikan
akan diadakan entry mengenai kem pembangunan insainiah yang saya jalani itu
bertempat di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Selangor..
jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda semua bolehlah terus melayari laman web mereka

Kem Pembangunan Insaniah ini diwajibkan bagi semua pelajar baru 
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan sesi Julai 2010..
maka saya dan kawan2 seperjuangan yang baru menjejakkan kaki ke sini diwajibkan pergi..

sepanjang kem saya tak memabawa telefon maka tiadalah gambar nak disnap2 bagai
cuma ada sikit je..
tu pun dah hari akhir..
kalau bawa telefon pun bukan boleh guna sebab tiada line telefon dekat sana..
celcom adelah tapi tu pun segan2 je nak muncul..

hari jumaat petang kami dah tiba di Kem
kami bas pertama yang sampai sana
dan diminta tunggu kawan2 yang lain..

yang paling2 best bukanlah aktiviti tapiiii..
abang fasilitator dari Pro-Ref..
yeke ejaan dia gitu?
lantak  la kan..
sebab ape dia best?
sebab dia hensem dan ermm.. 
suara sedap..
dan jelas..
muka iras2 aaron aziz gittuw..
bila dia cakap nama dia Hairul Izwan semua budak jerit Aaron!
sampai dia marah..
"tak dengar ke nama saya airul?" sambil senyum geleng2 kepala..
hekhek..
tak kesah ler abang..
kamu dah memang hensem..

hari jumaat petang kami sampai agak lewat dalam pukul 5 lebih dan pukul 6 lebih
trip kedua pula sampai pukul 10..
kesian diorang kan..
kami pelajar perempuan ditempatkan di dorm
dan lelaki di khemah yang telah disediakan..

tapi biasalah dorm katil double decker lebih kurang 40 orang..
memang padat dan tak bernafas..
dengan tak ada kipas..
tapi bila subuh sangat sejuk sebab dalam hutan..


ini masa ni ade sesi cakap2 lepas sesi bagi markah untuk kapal angkasa tu..
terpaksa masuk bawah khemah sebab panas sangat..
tak tahan..
separuh lagi dekat sane terlindung pokok..





ini pula sesi pemberian hadiah oleh timbalan dekan
Prof Zafrul..
kumpulan saya dapat no 6 dan kongsi dengan 1 lagi kumpulan..
ermmm..
tak apalah sebab hadiahnya semua sama..
dari nombor 15 hingga nombor satu hadiah sama je..


\

yang duduk2 dekat atas tu kakak dan abang seketariat..
ala.. yang conduct program ni
tapi hos tetap abang Aaron jugak..


ini adalah bilik dorm kami..
muatan sebenar adalah 40 orang tapi ade di masukkan lagi beberapa orang
beberapa orang tu tak pasti lak sebab ada yang tak dapat bilik dan di paksa tidur 3 orang dekat bawah..
ermmm..
aku tido sorang2 je tau..hahahaha


ni kawan baru saya nama dia Ana..
kawan sekumpulan juga kawan Ayep..


ini juga kawan baru saya 
nama dia Anis..
mereka ni semua kawan Ayep kos kulinari..
saya je tercampak hotel..
tapi tak kesah sebab mereka baik2 dan saya suka berkawan dengan mereka..



okeh ini saya yang mencapap
belakang tu sungai yang cetek dan mengalir jernih..
sejuk air dia..




ramai orang mandi manda dekat sini
airnya jernih
sejuk je..
memang seronok jika anak2 dibawa disini
tapi pastikan ada pengawasan ibu bapa..


ini sence paling tak best sekali
sebab bas rosak
tiba2 je bas berasap dan hangit dekat enjin belakang
berlari semua budak lelaki yang duduk belakang tu..
dah la semua tidur sampai ternganga2 sebab penat kan
sekali bas rosak pulak
haaaa..
terkejutlah semua..

dah tersadai depan Stadium Shah Alam..
aishhhh..
semua muka busuk sebab nak balik dengan cepat
penat, panas, ngantuk dan macam2 lagi la perasaan..

pakcik bas pun tak tahu macam mana nak buat
dia kol bas lain suruh ambil kami
dan2 pakcik bas pun makan aiskrim gak
ada abang tu jual aiskrim datang dan budak2 ni pun beli la..
aku tak kosser nak beli..
cehhh..

padahal masa treasure hunt petang tu akak seketariat tu dah suap sikit aiskrim dengan roti yang cip belikan
perghhh.. dah la haus dan lapar makan pulak aiskrim memang sejuk je la tekak.
huhuhu..

macam2 perkara la berlaku masa kem ni
memang aku telah belajar sesuatu masa kem ni berlangsung
yang aku tahu erti kawan
erti sahabat
hanya yang kenal tahu kenapa
terima kasih untuk Ayep yang menjadi kawan masa sekolah sehingga sekarang
walaupun kita tak pernah satu kelas tapi kami memang baik dari zaman sekolah
dan juga sehingga sekarang
kerana aku tak pernah lihat perbezaan antara kami
berlainan dengan mereka..
terima kasih untuk semua pengajaran yang telah semua berikan..




pssstttt :: gambar agak kabur sebab hanya di snap oleh telefon buruk... sekian..

2 comments:

ernahazwani said...

saya pun dah pergi kat Laman Nur Bestari..program HEBAT:Eksporasi jati diri

Nour Eyza said...

hehehe.. jauh ko pergi kem erna?
aku dekat je..
dlm sejam dah sampai..
hehehehe