Happy Cat Kaoani -->

Monday, August 9, 2010

Kembara Mahkota Johor 2010 - Fasa 2


"Bawa kereta api lagi senang."
Itu titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas memandu jentera penuai padi di Kampung Sagil, Ayer Hitam, dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ) Fasa 2, di sini semalam.
Baginda membandingkan KMJ Fasa 1 ketika melakukan kembara dengan kereta api dengan kepayahan mengendalikan jentera itu di bawah terik pancaran matahari.
Menerusi kembara kali ini, Sultan Ibrahim dapat merasai dan menyelami kesusahan serta cabaran hidup dihadapi penduduk kampung yang kebanyakannya mengusahakan sawah padi sebagai punca utama pendapatan.
Kira-kira pukul 1 tengah hari, bahang matahari membakar tubuh baginda namun sedikit pun tidak melunturkan semangat untuk meneruskan program yang dirancang, memandu jentera penuai padi di tengah sawah kampung itu.
Malah, baginda turut mencemar duli membanting padi sehingga menyentuh hati penduduk kampung.










pssstttt :: see? berjiwa rakyat sungguh Sultan Johor.. ada kembara Mahkota Johor Fasa 2 lagi.. 


2 comments:

Anonymous said...

gambar lain x de ke????

Nour Eyza said...

dah tu je gambar yang ade,,huuuu