Happy Cat Kaoani -->

Thursday, August 19, 2010

Apa Kena Dengan Roslin Hashim?



berita tentang Roslin Hashim memang sudah tersebar dan mendapat liputan media semasa..
dikhabarkan beliau naik mahkamah lagi tapi lebih memeranjatkan dia mempunyai hubungan dengan Raja Azmi.

Isteri Roslin Hashim, Norhayati telah menemui beliau bersama Raja Azmi di sebuah hotel di Jalan Ampang.

Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).
“Tiada pertengkaran yang berlaku pada masa itu, cuma perdebatan. Defendan berada dalam keadaan sedar, siuman dan tenang duduk di atas kerusi. Selepas itu, saya bertanya, saya mahukan keputusan awak sekarang.
“Selang beberapa saat kemudian defendan membuat lafaz, ‘I cerai you lah’ di hadapan keluarga saya, Raja Azmi dan Jalani,” katanya.
Roslin yang turut dipanggil untuk memberikan kenyataan berkata, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berdua-duaan dengan Raja Azmi selepas mereka menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang pada 7 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam.
“Saya berada di luar hotel tersebut, bukan di dalam bilik seperti yang didakwa.


pssstttt :: tak ada orang lain ke selain Raja Azmi? huhahahha..kejis!

No comments: