Happy Cat Kaoani -->

Monday, May 3, 2010

~Saling Mengingati Teman2 dan Kenalan..Kerana Hati Sukar Dimengerti~

saya ke kelas memandu dan menghadiri kursus KPP semalam
perasaan sangat teruja juga agak gementar
mengapa mesti gementar?
saya juga tidak tahu
MySpace

disini saya ada tetapkan azam saya
saya mahu mendapatkan lesen kereta
biar la orang kata saya lambat start belajar dan orang lain dah pro bila same umur saya
saya tak kesah.
tapi yang penting saya nak ada lesen dan boleh bawa kereta nanti
paham kan? saya mahu memandu mereta...
saya nak tunjukkan kepada sesetengah manusia yang pandang hina kat orang yang tak reti drive
dan paling teruk sekali mengungkit bila saya naik kereta dia
bukan luak saya naik kereta dia
ok la fine.saya tak bayar minyak tapi sume tu demi tugasan.
bak kata seorang kawan yang mempunyai keta
"keta apa dia pakai sampai nak berlagak mcm tuh?" kata kawan baik saya
"keta proton XXXX" kata saya.
"hek eleh...ingatkan pakai toyota vios ke nak berlagak sampai cam tu skali...ceh"
aku tak kata apa. sbb yela, masa tu aku sedar kekurangan aku nih
saya 'patah kaki' xtahu memandu pun.
terima kasih kerana tumpangkan saya.
kalau tak ikhlas lain kali jgn tumpangkan manusia yang kamu tak suka ya.
MySpace

saya tak mahu berdengki.
dengki means satan wins!
jadi saya doakan dia akan mendapat kesejahteraan dan kelancaran hidup beliau
kerana saya telah menumpang kereta beliau
terima kasih sekali lagi
jasa tidak ikhlasmu akan aku kenang sepanjang hidupku
tapi saat dia mengungkit saya telah berkecil hati malah sekaligus rasa keikhlasan itu tidak ada dalam diri anda.

jadi saya disini dengan ini
ingin memberitahu kepada kawan2 dan kenalan saya yang membaca blog saya
saya ingin ingatkan kepada anda semua
jangan, jangan sesekali menungkit bila kawan anda naik kereta anda
lebih2 lagi kawan yang tak tahu memandu seperti anda yang ada lesen formula one tu.
kerana ini akan mengundang kekecilan hati mereka juga timbul rasa tidak ikhlas dalam diri anda itu
apa2 yang anda sudah lakukan hendaknya jangan ungkit balik.halalkan lah..
ia seolah2 anda menyingkat kembali saat  perstiwa itu berlaku dan timbul riak yang tidak langsung menyebabkan kawan anda menyampah kepada anda
selagi beliau tidak mengapa2kan kenderaan anda (sbb kalau anda tumpangkan dia kereta anda tak tercabut pintu atau apa2 yg boleh mendatangkan kecacatan pada body serta dalaman kereta dan anda juga akan mendapat pahala kerana memudahkan perjalanan kawan anda) sekaligus kawan anda akan mendoakan perjalanan anda yang seterusnya...
sekian..saya sekadar menulis untuk mengingatkan kepada teman yang saya sayang juga kalian.
MySpace

* sangat sensitif saat cerita soal drive2 ni..sampai satu masa dulu bila ckp dgn seorang teman ni dia panggil kete dia beskal...mcm nk sekeh pn ade kat member ni..tp beliaulah yang banyak sekali tumpangkan saya naik kereta beliau kemana2 saja..terima kasih kepada beliau dan saya sayang kamu..sebab kalau kamu baca kamu tentu tahu ayat ini adalah tentang perbualan kita satu masa dulu..miss u damn much!

No comments: