Happy Cat Kaoani -->

Sunday, May 9, 2010

Apa perlunya Blog ini?

~SaLaM~

Mula2 saya pun berfikir begini
apa perlunya ada blog?
saya tak pernah ambil kisah pasal blog ni tapi kemudian kesedaran tu muncul..
kesedaran ye??..haha
beginilah, saya ingin perkatakan tentang pengisisan dalam blog.
setiap individu mempunyai kisah, pandangan atau pendapat mereka sendiri tentang cara penulisan blog ni.
terpulang pada individu tu samaada mahu mengisi blog mereka dengan apa sahaja yang terlintas difikiran mereka.
kebanyakannya memcerita kisah hal2 yang berlaku pada diri sendiri dan orang disekeliling mereka.
tetapi pada saya selain sebagai 'diari', blog juga boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim (walaupun tak ramai yang membaca), meminta pendapat dan juga penceritaan dari diri sendiri dan juga untuk meluaskan bakat.tidak terkecuali bagi mereka yang berbisnes didalam blog.

pada saya blog ini adalah satu mekanisme positif.
kita sedih kita berblog, kita saket hati kita berblog (tapi bukan caci maki), kita gembira kita berblog.
tapi blog juga ada batasnya.
kita tidak boleh mendedahkan segala rahsia diri yang boleh membawa keaiban, ancaman dan salah laku dalam akta multimedia.
ewah, pandai pula saya berkata2..

saya suka membaca blog orang lain, selain mengetahui apa yang berlaku pada orang tu, saya juga akan mendapat sedikit pengalaman, ataupun sedikit semangat dalam bersaing dalam apa pun.
kadang2 dalam blog juga ada pengisian ilmiah, juga ilmu2 serta tidak kurang juga dalam menglahiran mengeluarkan buah fikiran serta bakat terpendam.

saya yakin, bila kita melihat dan membaca sesuatu kita akan terkesan. tak kiralah terkesan dalam apa sekalipun.tapi kadang2 ia memang berkesan.

sekian sahaja saya merepek.
emak saya suruh baca buku memandu sebab rabu saya ada test undang2 tapi saya masih mengadap laptop sayang.. ^_^
sebab akak saya balik bawak 2 novel dari jemari seni. 143 Pingu Toha juga Damai gabungan penulis. Novel Jaja dan Din juga belum sentuh.
sudah lama saya tidak membaca novel. Last saya baca Tunas by Hlovate. Mengancam! ^_~

kerja hari2 melihat update2 post dan blog kawan2.
kongsi2 cerita dan pengalaman. ^_~

Sekian. 

::NIS::

No comments: