Happy Cat Kaoani -->

Monday, January 18, 2021

Persedian Menhadapi Banjir


Assalamualaikum


Musim tengkujuh dah sampai di sesetengah kawasan negeri di Malaysia
Jujurnya, aku tak pernah mengalami banjir
Syukur sangat, seumur hidup tak pernah hadapi banjir dalam rumah
luar rumah pernah la

masa aku sekolah, nak balik sekolah tu jalan dah banjir bahagian sungai
masa tu aku tingkatan 1 atau 2 dah lupa
yang aku ingat aku sesi petang balik pukul 6 lebih
sekolah aku dulu sesi petang untuk peralihan, tingkatan 1 dan 2 
hujan sepanjang petang balik je tunggu kat bus stop tu nampak air naik 
lepas tu ada cakap jalan dekat sungai tu dah naik air
aku dah takut tak boleh balik sekolah
so masa tu abah aku ambik aku kat sekolah

rupanya abah aku lalu jalan dalam sebab jalan raya utama luar lagi tinggi dan dalam airnya
tinggal motor kat hujung sebelah sana
harung banjir ke seberang then pinjam motor orang ambik aku dekat sekolah
sampai je aku terus tanya abah ni motor siapa?
abah cakap pinjam motor orang banjir tu cepat naik.
pastu aku naik pergi la ke jalan dalam dan sungai tu turun motor pinjam tu terus angkat kain dan mengharung air banjir tu
banjir tu kalau aku sampai peha jugak tapi peha budak umur 13-14 tahun je pun
sebelum tu bukak kasut dengan stokin suruh abah aku pegang tinggi
dengan bag sekali supaya tak basah
orang pun masa tu tolong menolong
ada yang tolong capaikan bag sekolah aku tu pada abah aku then letakkan kat motor
kasut pun ada orang tolong ambik dan pegangkan 
sebab masa tu aku kena pegang kain sekolah, lepas tu kena pegang tangan abah aku
sebab air berarus kuat dan bawah tu ada batu-batu jadi tak boleh jalan laju2
kena jalan slow2 dan jalan hati2

masa tu jugak ramai yang macam aku
sama2 mengharung dengan abah dan emak masing2
tapi mostly orang lelaki yang pergi ambil anak kalau hujan
jadi ramai orang lelaki melayu dan cina
motor abah pinjam tu pun tak silap motor cina
baik dulu kita semua ni
sebenarnya tak pernah tu bergaduh 
aku sampai sekarang masih kawan dengan cina
kawan baik lagi, mesej aku panggil aku sayang.

dah banyak gila membebel so sejak aku pindah perumahan baru ni selalu juga la kawasan rumah naik air
tapi belum sampai atas rumah, paling kuat kena garaj kereta naik air
tapi kalau hujan terus garaj tu naik air dan boleh masuk dalam kereta
semalamnya which is malam sebelum semalam, hujan berterusan dari tengah malam sampai malam tadi
dari pukul 12 malam aku dah dengar hujan dan aku dah pikir kenapa habislah basah sampah aku tu
siang hari sabtu aku dah buang banyak sampah dan bersihkan macam2 luar rumah
sebab sabtu ada ambil sampah untuk bahan buangan macam dahan pokok, perabot, dan barang rumah tak guna
jadi sabtu pagi tu syok weh kemas macam2 buang itu ini
sekali tak ambik, dan hujan sampai ahad
ahad tu subuh pukul 6 mak aku kejut, garaj dah penuh air tu kereta dah nak tenggelam!
aku bingkas bangun tengok luar hujan lebat sangat air dah naik
mak aku dah alihkan beberapa barang yang kena tempias dan basah

dari minit ke minit air semakin naik dekat garaj
rumah aku ada 3 biji kereta
semua dah lepas ketinggian tayar dari tanah
semakin naik dan naik
pukul 9.15 pagi aku cakap dekat mak aku kena juga alih kereta ni sebab dah makin naik
kalau sampai kat pintu nanti air masuk dalam kereta



tinggi juga air kan?
boleh tahan la



muka macam makcik2 waktu banjir is wajib sistur
takkan aku nak makeup dan pakai shawl pulak
tak ke buang tebiat tu namanya?
air paras peha ye tak tinggi sangat 

lepas alihkan kereta ke tempat selamat
hati lega sikit
kereta adalah barang penting bagi aku orang tak kaya ni
walaupun kereta murah aku syukur sangat pusing semenanjung Malaysia dengan si merah ni

jadi nak tak nak kami kena kemas barang penting dan letak tempat tinggi
ada yang sangat penting perlu kami tinggal tapi letak tempat selamat
dan juga kami juga kemas baju kalau2 kami kena pindah ke Pusat Pemindahan Sementara Banjir
walaupun jujurnya aku tak nak ke PPS 
aku sanggup ke rumah satu lagi untuk duduk sebab taknak ke PPS
walaupun PPS tu jarakknya tak sampai 1km pun dari rumah aku
tapi tak nak
kemas baju semua tetap kemas
jiwa je meronta tak nak

ini aku senaraikan barang yang sesuai dibawa ke PPS :

1. Pakaian
    * Tshirt lengan panjang/ pendek
    * Seluar 
    * Baju sejuk
    * Kain batik/kain pelikat
    * Tuala kecil
    * Tudung yang mudah dipakai dan inner
    * Baju dan seluar dalaman
    * Stokin
    * Selipar sesuai waktu basah 

Baju - sesuai bawa baju lengan panjang sebab waktu hujan sejuk dan banyak nyamuk.
Seluar - sesuai seluar tracksuit yang ringan dan cepat kering
Baju sejuk/ Windproof - untuk cuaca sejuk dan banyak kena hujan dan angin. sesuai ada hood.
Kain batik/pelikat - untuk dipakai waktu nak ke bilik air atau solat
Tuala kecil - untuk lap badan lepas mandi dan cuci muka
Tudung - cari yang mudah pakai. tak perlu yang berpusing2 atau fancy
Stokin - untuk waktu tidur sejuk dan aurat wanita
Selipar - tidak licin, cengkam dan mudah dipakai

2. Keperluan 
    * Handphone
    * IC, kad bank
    * Duit tunai
    * Dokumen penting lain2
    * Powerbank
    * Charger
    * Earphone
    * Alatan mandi 
    * Skincare
    * Lilin n lighter/mancis
    * Ubatan dan vitamin
    * Pampers wanita/bayi
    * Keperluan baby/kanak-kanak
    * Plastik besar kecil
    * Gelang getah
    * Pisau dan gunting kecil
    * Hook 
    * Lampu suluh kecil
    * Sudu garfu travel
    * Kipas tangan or kipas bateri
    * Payung
    * Waterproof phone case
    * Mask
    * Hand sanitizer
    * Wet tissue n dry tissue
    * Makanan yang ada dirumah
    * Air mineral
    * Kunci2 rumah dan kereta
    * Ubat nyamuk

Ini sebabnya kena bawa barang2 diatas :

1. Handphone - penting waktu macam ni kalau kita nak bagitahu saudara dan keluarga dan tahu keadaan sekeliling

2. IC, my kid, dan kad bank - itu penting sangat dan masukkan kad semua dalam bag plastik zip lock. jadi tak kena air.

3. Duit tunai - perlu bawa sedikit untuk kalau nak beli makanan dan jajan kat kedai. sebab ada kedai buka dan boleh pergi beli barang makanan.

4. Dokumen penting lain - macam segala dokumen asal yang original kena la bawa.

5. Powerbank - pastikan penuh. bawak mAh yang besar. bawak beberapa banyak yang ada.

6. Charger handphone - kalau tak off elektrik boleh charge handphone.

7. Alatan mandi - bawa berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun mandi. kalau ada antibacteria lagi bagus. bawa sekali plastik untuk isi alat mandi.

8. Skincare - moisturizer, sunscreen, toner, bedak, lipbalm, minyak wangi dan deodoran.

9. Lilin and lighter/mancis - untuk persiapan kalau tnb tutup bekalan elektrik.

10. Ubatan dan vitamin - penting sangat ni. ubat yang kita makan seharian macam ubat penyakit yang memang kita ada, panadol, ubat sakit perut, antibiotik, minyak panas, minyak kapak, dan plaster. vitamin yang memang dipakai seharian. macam vitamin c dan multivitamin.

11. Pampers wanita dan kanak2 - seharusnya benda ni wajib bawa kalau nak guna.

12. Keperluan baby dan kanak-kanak - baby mesti ada yang barang baby dan kanak-kanak pun ada keperluan dia. susu, baju, sabun, bedak dan mainan wajib bawa.

13. Plastik besar/kecik - plastik ni penting ye. nanti nak isi baju kotor, baju basah apa semua.

14. Gelang getah - kalau nak ikat apa2 nanti senang. bawa je sikit.

15. Pisau dan gunting kecil - ye, untuk apa2 kegunaan. senang nak potong benang, bekas plastik, bekas jajan.

16. Hook - kalau nak sangkut baju basah atau jemur baju dia PPS nanti.

17. Lampu suluh atau lampu yang menggunakan bateri - ini berguna jika blackout ye. selain lampu suluh sekarang kat kedai Eco ada banyak jual pelbagai jenis lampu led. sila beli dan gunakan. pastikan pakai bateri jangan usb pulak, karang tak ada lampu sekali tak boleh charge usb or charging lamp tu.

18. Sudu garfu - bawa yang jenis travel atau plastik punya. ringan dan mudah. kalau dapat makanan dan tangan kotor belum sempat cuci atau memang tak yakin bersih. plus lebih senang kan dapat makan tapi ada sudu yang lebih selesa.

19. Kipas tangan atau kipas bateri - sekarang ni banyak jenis bateri. pakai yang tu je bagus. kalau elektrik mati ini bagus

20. Payung - nama pun musim hujan untuk kegunaan kemana2 dan lebih baik ada sendiri.

21. Waterproof phone case - kalau nak merakam dan mengambil gambar tengah kalut2 dengan hujan tangan licin. lagi pulak kena mengharung banjir. risau kan phone basah.

22. Mask and hand sanitizer - haaa.. ini wajib ada masa pendemik ni. kemana-mana mesti kena pakai mask.

23. Wet tissue dan dry tissue - wet tissue kalau nak bersihkan apa2 yang kotor. yang dry tu pun boleh guna buat kesat apa-apa. jenis kuat pakai tisu macam aku wajib. sebab selalau selsema pagi atau tak kira waktu.

24. Makanan - makanan apa yang ada dekat rumah. kalau kat rumah ada roti, sardin, biskut, air 3 in 1, atau apa2 makanan yang sesuai dimakan terus boleh bawa. waktu makan mungkin diberi makan tapi kalau tak ada kita mesti ikhtiar sendiri.

25. Air mineral - bawak sikit untuk minum nak2 mana2 anak kecil nak minum air dan ada orang tua nak makan ubat ikut waktu. minuman dan makanan mungkin akan dapat dari NGO atau badan2 politik sekitar tapi sebelum dapat tu kena bawa sendiri.

26. Segala kunci - bawa sekali kunci rumah, grill, gate, kunci kereta, motor, basikal dan segala jenis kunci yang anda ada. takut kalau tinggal kat rumah entah kat mana lepas banjir tu bahaya kalau tak jumpa.

Ubat nyamuk - aku jenis tak suka ada nyamuk. kalau musim hujan lagi banyak nyamuk dan biasanya PPS ni sekolah. semua terbuka kan. jadi lebih banyak nyamuk. kalau kanak2 tu kesian la nyamuk banyak. jad boleh bawa ubat nyamuk tak kira la jenis stick ke, spray ke, elektrik ke atau yang lingkaran punya. 

Ini secara kasar je
Kalau nak tambah apa2 sila tambah jangan segan
Semalam aku kemas 2 bag 
1 bag baju dan keperluan 
1 lagi bag alatan elektronik dan dokumen penting aku
bag baju tu aku nak bawa
bag elektronik tu nak tinggal je kat tempat tinggi dan tersorok dalam rumah

Ada juga step sebelum, semasa dan selepas pindah

Sebelum pindah:

1. Cabut kepala gas masak
2. Tutup dan cabut semua alatan elektrik yang tak digunakan kecuali peti sejuk. Peti sejuk hendaklah ditukarkan ke suhu paling sejuk supaya jika bekalan elektrik diputuskan, peti sejuk masih sejuk sehingga balik ke rumah.
3. Jika ada tempat tinggi alihkan ke tempat tinggi. Jika ada batu bata boleh diletakkan ke atas batu bata. Atau jika ada rumah 2 tingkat boleh dialihkan ke tingkat atas.
4. Kunci semua tingkap dan pintu sebelum dipindahkan.
5. Barang yang ada diluar rumah hendaklah di simpan seperti kasut, selipar dan barang lain.
6. Barang besar seperti basikal, almari kasut, rak kasut, tong sampah, meja taman, dan barang2 lain luar rumah hendaklah diikat ke tiang atau bahagian rumah dan pagar supaya tidak dibawa arus
7. Haiwan ternakan dan haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa ke pusat pemindahan maka pemilik perlu mengalihkan haiwan ini ke tempat selamat dan kawasan selamat. Jika boleh dijaga oleh saudara, jiran atau kenalan, boleh dibawa kesana. 
8. Barang berharga dialihkan ke tempat tinggi macam atas almari, rak dan sebagainya.
9. Boleh alihkan juga barang rumah yang kecik keatas meja, almari, rak atau pangkin.
10. Alat pembersihan diletakkan di satu tempat dan mudah dicapai seperti sabun2, penyapu, mop, penolak air, kain lap dan penyodok sampah.

Selepas balik ke rumah:

1. Pastikan selamat untuk ahli keluarga masuk.
2. Jangan on suis elektrik yang telah ditenggelami air.
3. Jangan hidupkan barang elektrik yang telah ditenggelami air.
4. Asingkan barang elektrik dan perabot rumah yang boleh digunakan juga tidak boleh digunakan.
5. Asingkan barang yang perlu dicuci dengan air sahaja dan barang yang perlu dicuci dengan sabun.
6. Keluarkan barang dan cuci dinding dan lantai rumah.
7. Setelah dinding dan lantai bersih lap kering bagi mengelakkan lantai licin.
8. Cuci barang atau perabot yang masih boleh digunakan.
9. Buang barang yang tidak boleh digunakan.
10. Pastikan selamat baru buka suis elektrik utama rumah

Aku tahu bnayak lagi langkah yang kena buat selepas banjir ni
sangat banyak
kalau barang banyak habis rosak memang kerja membuang je 
tapi kalau masih elok kena cuci, lap, repair dan boleh guna semula
cuma proses tu lama
nak cuci baju pun banyak tak kering musim hujan
apatah lagi barang dan perabot

Aku kesian mana yang kena banjir ni
simpati sangat
aku tahu penatnya kemas rumah, barang rosak habis duit kena beli baru lagi
Permudahkanlah rezeki kami dan urusan kami ya Allah
berikanlah keredaan didalam hati kami



   

No comments: