Happy Cat Kaoani -->

Friday, April 5, 2013

Pre- Kenduri yasin





Assalamualaikumm..



apa khabar semua? hari ni adalah hari yang sangat2 penat untuk aku. pagi2 aku dah bangun dan hantar kawan2 aku pergi klinik kesihatan dan pergi kelas. lepas tu balik rumah dulu. pukul 10.30 aku dengan kawan lain pergi kelas semula. 


balik kelas pergi makan dulu baru pergi beli barang dapur. pergi sana, sini. sampai rumah asar dah. rasa penatttt sangat kaki ni. dah lama tak rasa penat macam ni. macam2 tempat pergi hari ni. rasa hidup ni sangat bermakna je. kalau tak tak ada apa. apa yang buatkan aku penat ni sebab hanya certain2 manusia je yang bersama2 buat kerja. bukan semua. biasalah. kerja2 macam ni kan. -____-'


tak semua orang suka rewang2 ni. ada la yang tunjuk perangai tuh. biasaaaaa.. tak apalah. sila la tunjuk perangai baik, cantik awak tu. tak luak pun.


esok ade kenduri dan baca yasin dan doa selamat dekat rumah aku. saja nak buat bacaan yasin dan jamu kawan2 makan. dari sem lepas aku dengan sorang dua kawan ni niat memang nak bagi kawan2 makan. macam kawan2 lain buat. rumah kawan2 lain semua dah buat. kira macam housewarming la sebenarnya. tapi kami memang warm abis ni sebab dah nak abis degree baru berkesempatan buat. hehehehee...


lepas isyak tadi aku pengsan. bangun2 pukul 11.20 dah. terus kawan aku suruh bukak kicap. hahaha. diorang dah masak nasik himpit. dah buat puding dan sambal kicap. daging dah potong. sayur dan potong. bawang, lada, halia semua dah siap2 kupas. tinggal nak blend atau potong je. hehehe..


rasa macam nak raya je bila buat kerja macam2 malam2 ni. bau2 daging, bawang sayur semua. sebijik macam nak raya. kecoh2 malam2 ni buat kerja itu ini. ehehee.. ade kawan aku kata kenduri kawen. ade kata nak raya. aku tak rasa kenduri kawen sebab aku tak pernah merasa buat kenduri kawen dekat rumah. aku rasa nak raya sungguh2 la. nasib baik xde la nak pasang2 langsir ke hape kan. kalau tak sebijik sama macam  nak raya. 


sekarang ni aku dah mengantok lagi. rasa nak tidur semula. macam best je kan tidur balik. hehehe..


k la. bai..



No comments: