Happy Cat Kaoani -->

Friday, April 12, 2013

Jalan2 cari makan!






Assalamualaikumm..



selamat pagi jumaat semua. sihat? aku sihat2 sahaja kat sini. biasa je. jumaat yang berkat. sebenarnya jumaat minggu terakhir untuk menempuh minggu depan yang super awesome. yang super takut. super tensen dan super damn bz. ecehhh.. tetiba nak cakap BI kan? kelakarrr.. baik kau cakap melayu udah ler iza. hahaha


kenapa aku kata super bizi? sebab minggu depan test berderet menunggu. presentation meeting dan presentation re-do.semua berjalan sekaligus. dan aku masih belum prepare apa2 lagi untuk minggu depan. nak mati betul la ni. start hari ni kena buat bebetul. kalau tak nak kehidupan musnah seterusnya. hahahaa..


presentation meeting tu tak boleh tengok skrip. lect nak tengok kita ni macam betul2 manager yang tengah berkata2 dalam meeting. jangan sampai aku pengsan nanti dah la. present depan datin boleh meluruhkan seluruh rasa gembira dan ditukarkan dengan ketakutan melampau. itu dia gambaran perasaan aku. kejis sangat ke? tak kan? hahaha..


saat presentation berlangsung, umpama seluruh jiwa telah direnggut oleh datin. nasib kami hanya di hujung bibir datin je. kalau dia kata re-do buat je la muka poyo angguk2 then minggu2 seterusnya pergi la re-do. tak kira la kat mana dan bila diakata kami ye kan aje. kalau dia kata kat shah alam pun angguk je. sebab kalau kau bantah kau takkan memang. sila la redho membuat re-do tu semua. kahkah..


rabu hari tu aku pergi makan dengan kawan2 aku. dekat kedai kawan kepada kawan aku. kira menternak lemak la ni. aku ok je sebab aku memang suka cuba kedai baru nih. hehehee..






aku sampai2 kedai je kami pun duduk kat tepi dinding yang ada lampu meja kecik comel ni. aku terus rasa macam comel sangat lampu ni buat bergambar, jadi aku paksa kawan aku ambik gambar sampai elok. sebab dua tiga kali sebelum ni semua picture gegar. ni Parkinson ke apa?? hahaha







ni kawan aku. aku rasa banyak sangat dah gambar dia dalam blog aku ni. tak kenal tak tahulah. hehhee.. ok nk beritahu. gelas untuk minum air jus sangatttttt la tingginya. sampaikan kalau paras2 ketinggian aku ni mau la tengak tengkuk kau nak minum air ni. tak sampai ok. sudu pun ala2 spatula tau. panjang bukan main. hehe..






tengok la aku. nyaris2 tak sampai nak minum. nyaris ok. aku tahulah aku ni rendah. pendek je. pakai gelas tinggi2. hadoiyaiii..











ada gaya macam kembar tak? ramai lect kata muka kami akan2. sampaikan kata seiras. loh. seiras sebab sepet dan badan lebih kurang besar kot. kot la..hehehe..






pizza ni ada 4 perisa. ade 4rasa yang berbeza sampaikan rasa nak makan semua. ni dah tinggal separuh baru ingat nak ambik gambar. sebab dah lapar sangat sampai2 je dah ambik sorang satu slice dan ngap!. lepas ngan dan rasa sedap laju2 la nak ambik gambar pulak. hahahaa... tapi serius. sedap ok. ala2 macam piza dominos. doh nipis dan cheese banyakkkkk.. waaaa.. terliur!!






ni makanan aku. fettuccine cabonara. memula aku tak nak menu ni. sebab dalam otak aku pikir cabonara rasa dia muak. muntah kang aku makan benda ni malam2. tapi owner ni cakap tak muak. konfem. jadi aku pun cuba. kalau muak aku nangis je kat situ. tapi sekali datang je benda ni aku makan rasa sedap okeh! tak muak langsung!! aku betul2 suka dan salute kat kawan kepada kawan aku ni. sebab dia kata semua benda homemade. bukan instant. kawan2 aku yang lain rasa pun kata benda ni sedap. lain kali datang boleh la order lagi. tak rugi langsung. hehehee..


sekian sahaja entry membesarkan badan kali ini. terima kasih.




No comments: