Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, December 11, 2012

1st International Islamic Tourism Conference






Assalamualaikumm...



hey! hey! hari khamis hari tu kami dipaksa bangun pagi demi mendengar conference di PWTC. terpaksa tauuuu! padahal bila lecturer beritahua ada conference hari sekian2 dan panel penceramah adalah Tun Mahathir kami semua kata terus nak pergi.


so, kami dengan penuh semangat seempat segi suara *selalu sebulat suara kan?* kata nak pergi PWTC sebab lecturer kata benda tu base on tourism industry punca cerita dan dihandle oleh fakulti aku iaitu Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan membuat kerjasama hotel 7 bintang Golden Caprice di Istanbul, Turki.  Jadi ada 40 wartawan Turki datang membuat siaran di conference ni. jadi lecturer suruh kami pakai blazer dan bertudung semua. sebab orang dari turki Islam. Conference ni pun berkisar Islamik perspective. hehehehe..


so, kami pun mengojes la dalam menuju ke PWTC.. hehehee..bangun pagi2 uols sebab pukul 6.30 dah nak bertolak ke KL. kau tau je la KL ni kalau pagi2 macam mana punya jem. tensen la kan. so, kami yang duduk jauh kena la jalan awal. hehehee..


dah la aku serumah duduk 7orang dengan air kecik kene mandi sensorang so haruslah bangu  awal gila seperti pukul 5 pagi sebab nak bangun mandi kan. lepas tu perempuan pulak bersiap plus bersolek lama. walaupun malam2 dah gosok baju bagai. hehehee..





tadaaaa! inilah hasilnya terpacak depan PWTC sebelum pukul 9 lagi! syabas kepada semua yang telah memberikan kerjasama anda! sampai jugak akhirnya kita di PWTC seawal yang mungkin. huahahahaha..


sampai2 je macam biasa la aktiviti kami adalah memcapap! yeaaaa.. kenangan beb! harus la ambik gambar.. untuk pengetahuan korang, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke PWTC. sebelum ni nan hado!


sedih kan?? tapi takpe. since aku dah memjejakkan kaki disini haruslah aku dan kawan2 yang gilakan camera kawan2 lain ambik gambar dengan penuh perasaan.hahahaa..






lihatlah betapa subuhnya kami sudah berada di dalam bas. hahahaa.. sampai tak nampak sangat pun ada hati nak ambik gambar. yela, hp aku cikai je, mana ada flash jadi memang tak dapek nak nolong la ni haaaaa..hahahaha





dalam bas dikala bas baru sahaja berjalan. masih suram2. walaupun sudah pukul 7 lebih. muka sembat bergegas juga ke KL demi conference. hehehhee..









ada jugak yang menyelit tatkala aku snap gambar ni. owhhh.. terasa kemontelan aku disini berbanding Arai yang kurus ni. cissssss!!






bergambar seketul bersama banting conference ni. huaaa.. banting ni besar. so, aku nampak kecik. sooo nice.. hehehehe..






keadaan dalam dewan Tun Dr Ismail, PWTC. biasa je. tak ada la besar sangat dewannya. tapi sejukkk sangat jugak la dewan tu sampaikan dah pakai blazer pun rasa jugak nyaman2 sejuknya dewan tu. hehehe. kami dapat tempat duduk atak belakang. so, agak jauh dari pentas dan segalanya. nampak la Tun Mahatahir sayup2 dikejauhan..hehehee








bersama kawan saya. sama besar tembam dan sepet! hehehee...






tengoklah arai. asal boleh je dia nak masuk dalam gambar aku kan. bersepah muka dia kat mana2. cissss.. sempat lagi tu daok buat muka belakang aku. hahahhaa...


petang conference tu ada penyampaian hadiah dan pembentangan oleh pensyarah dan pelajar yang membuat research pasal paper tourism dan hospitality. Tajuknya bagus tapi ada juga yang tak berapa aku paham dan minat. mengantukkkk masa dengar ceramah. nak je sorong bantal. kalau la dapat sorong bantal, alangkah indahnyaa... =D



dah2. tu je cerita hari tu. balik sampai rumah dalam maghrib. lepas tu semua pengsan. hahhahaa..




=D





No comments: