Assalamualaikumm...
selamat pagi! weeee... hari ni dah mula kena start study balik untuk paper 14hb ni. gap lama2 pun bukan aku study dekat rumah sewa ni. melengguk tengok laptop. mengadap laptop berjam-jam. tengok fb, twitter dan apa2 je. tengok movie segala movie. hahahaa.. gilaa tak boleh blah..
sementara ada internet yang kuat ni aku dok download resipi je kerjanya. download movie. semua aku nak download. sementara ade internet ni kan. aku suka download resipi sebab nanti aku dengan mak nak masak memasak senang. yela, kat rumah aku mana ada internet. so, kalau nak google tu baik google sekarang. hhehehee..
semalam lepas aku masak ayam ungkep tu mak aku cakap, aku pandai masak. nanti balik aku masak mak nak menjahit. mak jahit baju kurung untuk abah. baju kurung melayu untuk raya. mak kena start awal2 sebab kalau dah suntuk nanti penat. mak bukannya awas lagi. bukannya boleh menjahit 24jam. nanti nak berenti masak la, buang sampah la, bagi kucing makan la, cuci bilik air la apa la.. banyak benor aktivitinya kat rumah.. hehehee
bulan puasa pulak tu kan. memang la mak akan tak cukup tidur. mana taknya. bangun sahur pukul 4 mak dah bangun. masak nasik dan lauk. lepas tu tak tidur sampai siang. malam mak biasanya tidur awal. ala, biasanya bukan mak aku je tidur awal. mak2 orang lain pun macam tu. dah nak bangun pagi kena la bangun awal kan..
sejujurnya aku nak jadi macam mak aku. at least macam mak aku la. sebab apa? sebab aku nak pandai masak. setakat kenduri kecik2 makan jamu orang dan bagi makan anak suami tu mestilah aku kena pandai. kena bagi air tangan aku sendiri. aku nak pandai menjahit. walaupun tak pandai jahit baju fesyen2 at least leri nak buat baju kurung untuk anak lelaki dan perempuan. baju melayu suami. at least. jadi kalau orang tanya sapa buat baju ni? mak aku..... waaaa.. ok la tu. pandai buat baju kurung..
banyak kan aku merepek. hahahah.. suka2 je ni. sekejap lagi aku nak keluar pergi Shah Alam study katanya. katanya la.. entah study ke tidak tu belakang cerita. jadi mari bersiap2 dahulu sebelum pergi!
Chowww!
assalam..
=D
1 comment:
dni pun teringin nak jadi macam mak dni.. masak apa pun sodap :D
Post a Comment