Happy Cat Kaoani -->

Friday, May 11, 2012

Terkilan..





Assalamualaikum semua..



hari ni aku nak bercerita tentang event yang bakal kami semua buat. mula2nya kami dah pilih event apa yang kami nak lakukan untuk subjek event sem ni. tapi bila keadaan berubah semuanya jadi terkilan. jadi sedih dan jadi tak best. sungguh!


macam bila makan makan nasik lemak tetiba sambal yang sedap tu ada sejemput je. tapi nasik banyak lagi. tu boleh membawa hangin yang tak menentu dalam badan nampaknya kan? -___-


kami sekelas mencadangkan nak buat event IJN-CHAT. maksudnya kami mengutip derma untuk kanak2 pesakit jantung di IJN dengan melakukan Flash mob disekitar KL dengan niat untuk menarik orang ramai menderma. rancangan itu sangat awesome! sangat.. sebab kami dah berlatih flash mob selama sebulan lebih dan rancangan menari tu di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan apa ek satu tempat lagi. tak ingat tapi tempat2 yang best dengan menaiki bus Hop On Hop Off sekali gus menarik pelancong asing untuk sekali menari dan menderma. sebab yang naik bus HOHO tu biasanya pelancong asing..


TAPI, isnin lepas. Shami kawan aku selaku ketua event, dan shamimah setiausaha event ini serta aku yang menyibuk sekali dikalangan mereka pergi menemui KPP stand for Ketua Penyelaras Program di fakulti kami dia Shah Alam. dari jauh Puncak Alam ke Shah Alam kami menemui beliau. bila kami tunjukkan sahaja proposal kami kepadanya dengan pantas beliau menolak proposal kami dan dengan rasa tak bersalah beliau kata buat ikut event budak Shah Alam yang kami dah luluskan..


kami jadi sangat2 DOWN dan speachless dengan tindakan beliau.. sangat ok. dengan tegasnya beliau kata buat ikut event ni. kami dah luluskan. gabung dengan budak kelas A dan buat dekat Puncak Alam pada 23 haribulan dan kontek pengarah projek di Shah Alam ni untuk tindakan lanjut. 


owhhhhhhhhhhhhh.. sangat2 kecewa ok! kami tak sempat cakap apa2. dengan begitu cepat beliau memangkas kata2 kami dan terus dengan rancangan beliau.. sangat2 sedih dengan keadaan itu. sebab event baru yang akan kami akan lakukan adalah Go Green 2 u! event go green dan dibuat dia bawah fakulti kami di Puncak Alam! tak bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


mesti jadi macam tak best sebab tak keluar. kami rancang event kami bukan dekat dalam kampus. dekat luar. jadi kami dapat menarik ramai crowd yang mampu memberikan sumbangan. ini event go green yang akan buat kitar semula dengan kadar sederhana sebab budak2 fakulti kami sahaja. -______-"


kecewa tu tak boleh cakap la. sebab dah biasa sangat event Go Green ni. tak bosan dengar. tak best pun ada. tapi kami sedaya upaya buat dia rasa best. best la walaupun kami sendiri rasa tak best. huuuu


jiwa kacau semuanya. dah la event tu sangat2 hampir. tak mampu nak buat macam2 sangat. sekadar yang termampu sahaja.


semuanya dah patah hati, kecewa dan terkilan tak dapat teruskan event yang kami rancang tu. sedih sangat. nak buat flashmob pun dah tak ada semangat. sedih punya pasal. huuuu   T____T


event yang best keluar di pemikiran pelajar yang creative, tapi kami telah disekat pemikirannya. sedih sangat. bila tengok event orang lain yang sangat smart, sangat best dan sangat bersemangat itu jadi jeles pat ratus kami. tengok video bawah ni. event budak AD UiTM Melaka. best kan?? huaaaaaaaa!!!







best kan? jeles gila ok. dah la rindu sangat dengan UiTM Melaka. rindu dengan dataran ni. rindu dengan keadaan kat sini. rindu dengan suasana yang kecil comel keadaan kat sini. rindu dengan segalanya dekat sini. 2 tahun setengah dekat Melaka mengajar aku pelbagai rasa, pelbagai perasan, pelbagai rasa saket, pelbagai ketawa suka dan duka. owhhhhh...


ni pun best! ce tengok!







best tak??? puiii.. best kot. tempat aku selalu lalu naik turun bas masa praktikal 3 bulan hari tu. arghhh... kalau korang nak tengok lagi tengok la flash mob dekat air port seluruh dunia. best kot.. pandai air port sekarang tarik perhatian pelancong. heeeee...


tapi nak tak nak kena jugak la buat event Go Green tu. sedih pun kena jugak demi markah kami semua. walau macam mana pun semua tu kami kena lalui dengan tabah dan sesuai dengan tema event..


T_______T



nangis laju2 pun tak boleh ubah keadaan..









No comments: