Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, April 3, 2012

UiTM disaman





Assalamualaikum..


ini memang berita gempar. huuuu...






GOMBAK: Seorang pelajar mangsa pukul bertindak memfailkan saman RM5 juta terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, bekas pelajar Diploma Sains Kuantitatif UiTM kampus Lendu dalam tuntutannya menamakan Rektor UiTM Cawangan Melaka sebagai defendan ke-13, UiTM Melaka (defendan ke-14), KPT (ke-15), serta kerajaan Malaysia (ke-16).
Zulhelmi dibelasah secara beramai-ramai 12 senior asrama dalam insiden tiga jam pada Julai 2010 akibat salah faham, malah dipukul menggunakan batang besi.
Katanya, kumpulan senior itu yang diketuai Yang DiPertua (YDP) kolej memaksanya mengaku mencuri telefon bimbit dan menyamar sebagai mempunyai hubungan dengan ‘orang penting’ di UiTM.
Kesannya, beliau mengalami kecederaan fizikal  dikepala, mulut, belakang badan selain kecederaan dalaman rusuk kiri.
Beliau juga terpaksa menjalani pembedahan kaki kiri serta beberapa rawatan susulan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

‘Saya trauma’
“Saya trauma. Apabila terpandang UiTM, logo atau apa-apa berkaitan universiti itu saya jadi geram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
12 senior itu juga turut dinamakan Zulhelmi sebagai defendan dalam samannya dan menuntut ganti rugi konspirasi dan niat jahat berjumlah RM10 juta kerana mencederakannya.
Akibat daripada insiden itu juga, Zulhelmi terpaksa berhenti belajar di UiTM dan bertukar pengajian di Institusi Baitulmal dalam jurusan Akauntan.
Katanya, beliau kecewa dengan pentadbiran UiTM Melaka yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap senior terbabit.
Berikutan itu, beliau dalam samannya menuntut ganti rugi cuai kerana gagal memastikan keselamatannya sebagai pelajar semasa kejadian.
Defendan ke-13 hingga 16 juga cuai memberikan kuasa sepenuhnya kepada pelajar senior terutamanya yang memegang kuasa YDP asrama bertindak sesuka hati tanpa pemantauan pihak universiti, tuntutan itu dipetik.
Saman itu difailkan melalui Tetuan Azmi Talib & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


ini memang bahaya, ancaman kepada UiTM. nanti orang akan kata 'jangan masuk UiTM! UiTM ramai pengganas.'
UiTM Melaka, SILA AMBIL SERIUS HAL INI. *tetiba aku pulak yang risau*



p/s: pelajar UiTM Melaka tak ganas tau. huuuu



1 comment:

Pen Biru said...

kes besar ni..tula bila dah berasa diri tu mcm hebat sgt, boleh buat apa sj.nasib tak mati budak ni..kalau mati..apa hal?