Happy Cat Kaoani -->

Sunday, September 25, 2011

Dulu dan Sekarang




blogging. aku suka menulis disini. dengan segala rasa yang aku suka. ikut suka hati akulah kan. sebab aku punya. gila berlagak punya ayat. hahahah. sebenarnya aku bukan apa, memang suka menulis benda2 yang aku suka. sebab aku suka. berapa banyak suka ni? hadoi!


mari kita imbas masa baru2 aku kenal blog. masa tu semua kawan2 aku nak ada blog jugakkkkkk.. sakan kan korang nak main lawan2. kemain lagi. setiap sejam tukar latout blog. punyalah kemaruk bagai. letak gambar banyak2. hias blog dengan macam2 widget. 


masa tu kemain berlawan lagi. tiap kali tukar widget, lagu ke hape semua kena sound sebab tiru kononnya. kalau kau ada, dia ada. apa masalahnya kan? ada masalah ke? bend atu dah ada untuk umum. kalau kau tanak orang tiru sila la buat widget sendirik. hahahha. kejam tak ayat aku. kalau letak lagu tersama pun kena sound. ada widget sama pun kena sound. ada color or layout sama pun kena sound. kengkadang, bukan sengaja pun nak sama2 ni. kebetulan je semua tu. tapi still kena sound dengan sape yang tak puas hati. 


masa tu nak tunjuk la blog sape paling besh. paling cantik dan paling up to date sangat kan. mane bleh ada orang cantas, memang hangen je la. sedia je la kena serang lepas tukar apa2 tu. masa tu pemikiran semua tak matang langsung. sikit2 sound, sikit sound. macam kanak2 je nak marah2. chill la beb. 


cuba pulak tengok sekarang. dah setahun lebih. mane nak lawan2 blog lagi? semua dah slow. ada dah lupa url dan password agaknya. yelah, bukan nak berblogging selamanya. habis manis sepah dibuang je kan? masa tengah baru dan hangat je sibuk2 buat itu ini. sekarang senyap je dah. alasan semua sibuk belajar dan bekerja. baguslah kalau semua dah matang. tak payah nak masam2 muka sebab blog.


tapi aku sampai sekarang akan sentiasa bersama blog aku. selamanya. aku tak akan tinggalkan kot. semua ni aku mula dulu dan aku memang akan sentiasa jaga. aku bukan cuma nak berlumba masa awal2 dulu. aku cuma nak buat page aku sendiri. bukan aku buat masalah pun dengan orang kan. aku akan keep it.. sampai aku tua. sampai aku jadi nenek.hahahhaa -.-'


sebab aku macam nak tulis perjalanan hidup aku dekat sini. dari first time aku ada blog sampai ada anak pinak semua. best kan macam tu. internet dan aku memang tak dapat dipisahkan. aku boleh kelemasan tanpanya.. =)




ok, penat dah bebel. nak makan megi. bye!



2 comments:

nuranne said...

berblog untuk menulis...hehe.

Solihin Zubir said...

dulu pun masa 'berhingus' baru knal blog, suka jugak tukar2 layout, ltak widget mcm2.. smpai kna komplen, berat gila.. haha..

bagus2.. blog ni bleh dijadikan tatapan anak cucu nnt.. ;-p