Happy Cat Kaoani -->

Friday, July 22, 2011

Masih Mencuba~




being as HOTELIERS adalah tidak menjadi bidang aku sejak dulu. kalau aku suka masakan aku sanggup turun naik Canseleri untuk berusaha tukar kos. tak adalah la aku bergenang air mata hari2 masa uruskan tukar kos. ntah, hati aku tak pernah ada dekat hotel. aku lebih dekat dengan tourism. angan2 aku bukan di hotel. bukan di bangunan tu.


masa aku baru masuk housekeeping aku rasa macam jerk gila. hari2 aku kena cuci toilet dengan sisa2 kumbahan orang. rasa macam owh sangat la annoying! walaupun sebenarnya aku tak penggeli, tapi aku tak suka nak buat. ye, aku tak penggeli. kau suruh aku alihkan bangkai tikus pun aku boleh kot sambil jilat lolipop.. tak kesah punya.. 


tapi bila sekarang, aku bersusah payah masuk degree last2 aku kena sental toilet bowl aja, rasa macam, ehhhhhhh,, baik aku tak payah ambik degree kalau nak sental toilet bowl.. hadoi.. dengan jari jemari aku semua pecah2 sebab pegang sabun dan chemical tiap masa. pedih sakit je hari2 jari jemari aku. semakin la aku rasa menyampahnya... -.-


aku CUBA untuk menyukai bidang ni. tapi aku tak boleh rasanya. bukan jiwa aku. ramai yang kata, nanti habis belajar kau mohon sini balik, mesti dapat. aku punya reaksi macammmmmm... erkkkk... rasanya tak mohon sini balik kot. macam hidup aku tak ada life je dekat hotel. TOTALLY!


orang akan cakap aku tak bersyukur. dah dapat belajar tapi berlagak tak mahu. bukan berlagak. tapi jiwa tu tak ada. kau tahu sebab apa aku buat semua ni? sebab markah. ye.. sebab markah. aku tak nak markah aku teruk. aku nak baik2 je. aku tak nak buat masalah dengan transkrip degree aku. 


sampaikan setiap kali aku berbual dengan pekerja yang dah lama bekerja dengan hotel ni, tapi tak sambung belajar, aku tanya macam2. aku tanya memang minat dengan bidang hotel ke? suka kerja sini? nak kerja macam ni sampai bila?? 


memang ramai kerja dari muda hingga pencen dekat sini. sinilah tempat cari rezeki mereka. sinilah tempat bagi anak2 makan. tapi aku? mungkin aku ceburi bidang ni tapi dalam keadaan yang lain. 


orang kata, kita kena tahu kerja orang bawahan kalau nak jadi atasan. ye, aku tahu tu. tapi boleh pikir tak kalau budak2 degree macam aku yang belajar semua benda tentang hotel sekali masuk hotel dia letak kau untuk membersih je. berbaloi??


baik aku tak payah susah2 berHUTANG dengan PTPTN 19ribu untuk ambil degree. baik aku tak payah susah payah habiskan duit mak ayah aku ulang alik shah alam-johor bahru sebab nak belajar kan?? jadi tak adalah nak membayar hutang hampir 40 ribu PTPTN tu nanti kan? 


bukan sikit nak kudrat, air mata dan keringat yang dihabiskan untuk aku belajar. bukan sikit..


aku bersyukur dapat belajar dengan mudah. dengan senang. dapat sambung belajar. tapi bidang tu menjadikan hidup aku porak peranda. kucar kacir seketika. aku pun tak tahu apa nak jadi sekarang.


aku cuma harapkan aku dapat habiskan praktikal aku secepat mungkin dan kemudian menjalani kehidupan tanpa makna ni seterusnya. aku rasa baik macam tu kan? 


nak kumpal seberapa banyak kenangan di praktikal?? kenangan bersama kawan2 tu ok. diorang semua baik2. pekerja bawahan dah macam adik beradik. even kau budak praktikal je tapi layanan tok kau sangat baik. tapi untuk lebih lama menetap di hotel tu mungkin tak. aku tak pikir ke arah tu.


aku cuba, cuba, dan cuba untuk suka kos ni sampai 3 tahun nanti. kalau aku suka baru aku akan masuk bidang ni. tapi kalau tak mungkin bidang tourism juga yang aku akan ambil nanti.. =)













2 comments:

Al said...

ni mse praktikal je kena kan?lps ni slamat lh tu

hmmm..try la bncg ngn parents klo nk wt satu2 kputusan k,sbb dorg plg utama dlm idup

Nour Eyza said...

hahaha.. memang masa praktikal je.. tapi langsung tak minat kos hotel pun..

mak abah tak kesah pun ambik bidang apa. yg pntg diri sendiri suka ke tak kan?