Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, June 15, 2011

Sembang Malam~




rasa mengantok pulak awal2 malam ni. aku memang macam ni. cepat mengantok awal2 malam. tapi bila tengah malam tak mengantok pulak. nanti awal2 pagi mengantok balik. apa punya time tidur la iza ni kan? ermm.. sebenarnya tak biasa guna kata ganti nama sebut nama sendiri. macam sebut "iza". biasanya kata ganti nama panggil aku atau saya.. tu je.. tapi ni menggada-ngada pulak nak panggil diri sendiri iza. ntah kenapa ntah.. hahahaha =.='


ok. hari ni aku masuk business centre. kerjanya menjaga business centre kalau2 ada orang nak guna internet, photostate, fax, scan, nak booked tiket flight, nak guna meeting room dan sebagainya. tapi kerjanya tak banyak. senang2 pulak tu. jadi otomatik orang yang kerja business centre akan jadi setiausaha bagi FO department. orang bawah FO manager la lebih kurang. buat kerja2 secretary. surat, minit mesyuarat dan sebagainya la sebagai setiausaha. =)


aku belajar benda2 yang basic je la. yang sepatutnya pekerja business centre kena buat. mudah je sebenarnya. 


tadi kawan aku kata lecturer aku datang melawat. tapi dia tak jumpa aku pun. aku pun tak tahu menahu dia nak datang jenguk kitaorang dekat sini. aku tak pasti, yang aku tahu nanti time nak dekat2 habis baru dia datang jenguk rasanya. dulu pun macam tu. tapi ni tak. dah la lect tu tak kenal aku sangat tapi dia mention gemuk. dem ah lect ni. tak de rupa paras lain ke nak describe? -.-'


kawan2 aku, dapat jadi model photoshoot dekat dalam hotel sebab maid2 lain semua tengah bizi buat bilik. sebab ada banyak guest nak masuk. termasuk guest berkumpulan. bayangkan ada group nak 280 bilik cepat. dah la banyak back to back. orang keluar je ada orang masuk. tapi kebanyakkannya belum sempat keluar dah ada orang tak sabar2 nak masuk. biasanya macam tu la. sebab orang akan datang check in awal. hotel ni check in pukul 3 petang. check out pukul 12 tapi ramai je tak kuar2 lagi pukul 12. memang nak kena pukul la guest ni.. hahahhaha -.-'


muka market boleh la dapat jadi model phamplet. muka aku ni? mana la market, saiz pun tak market jadi memang tak pandang la orang. pulak tu macam tak berapa nak lawa je kan. jangan harap la nak ada orang pandang. kalau ada yang suka pun kira bagus dah. suka kita la. bukan suka ada perasaan tau! hahaha


semua sibuk mempertikaikan rupa paras dan saiz badan kalau dekat hotel ni. apa masalahnya kalau bersaiz besar? hina sangat ke? tu yang malas aku nak pikir. ada je suara2 sumbang mambang yang rekomen ubat kurus la ape la. hey, suka hati aku la nak gemuk ke kurus. ada masalah ke?? ok. tipu. aku tak akan cakap macam tu depan diorang. tu semua cuma suara hati. hahahhaa


aku lebih berkenan nak kerja bahagian admin. yang kurang nak hipokrit tapi ada juga jumpa orang. kalau dekat hotel ni semua hipokrit. lebih2 lagi front office. depan mulut manis, belakang maki siap. macam tak penah dengar kan? hahahaha.. biasa tu biasa sangat dah tu. aku lagi suka duduk kat bahagian admin. yang boleh melawa dengan baju sendiri, bukan dengan baju opis yang wajib pakai tu. 


ada Assitant Sales Office Sibu Island yang tanya aku berminat tak tentang Sales. dia kata bahagian ni quite tough. tapi kalau ada basic ok je. dia pun tahu kos hotel ni macam mana sebab dia pun dulu hotel jugak kat shah alam.. tu yang macam macam nak tanya tapi dia ada urusan. insyaAllah kalau ada rezeki satu hari nanti, mungkin aku jadi orang bawahan dia pula? mana tahu kan??  



ok la.. aku nak buat benda lain dah.. bye!









1 comment:

zarithrahim said...

lntaklh pe org nk kate..gemuk ke,xchantek ke,beso ke...yg pnting hati baek n xkcau org..so..just follow de flo..mlot org mne blh ttop dek..klu blh da lme akk ttopkn =) relex2 sudh~~