Happy Cat Kaoani -->

Friday, February 25, 2011

Buat Kerja Sikit Tapi Berjalan je Lebih! hahaha



sorry la kengkawan. seminggu ni busy dan jugak internet tak kuat jadi sangatlah leceh nak taip entry baru apatah lagi blogwalking ke rumah korang semua. gua tatau la ape hal dengan line ni. gua rasa gua dah bayar. chop2! bila eh gua last bayar?? erkkkk...


gua nak bagitau ni maybe minggu depan gua tak update jugak sebab gua bz wehhh. bz dengan assignment dan test la hape la. nak uruskan pasal LI lagi. dengan itu lagi. ini lagi. haiyak.


hari isnin hari tu gua dengan kawan2 gua satu group pergi buat esemen dekat KL. ala, buat kat bas HOP ON HOP OFF tu.. korang tahu tak bas tu bas apa?? kalau korang tak tahu korang klik je dekat nama bas tuh. gua dah siap2kan link tok korang tengok apa benda bas tuh. bagi sesiapa yang dah tahu korang diam sudah!


sebenarnya gua dengan 3 lagi kawan2 gua ade kerja nak buat tapi sebab kawan gua ni dah pernah praktikal dan kerja kat syarikat bas HoHo ni jadi kami cuma buat sikit2 dan ambil maklumat dari orang dalam yang dah kenal sangat2 dengan kawan gua ni. lepas tu pergi berjalan2 dekat KL. apalagi. melepak kat BB la petang tu. 


memula naik bas tu macam excited semacam. sekali dah beberapa minit, rasa macam budak sekolah buat rombongan ke KL pulak. gila palat cam kanak2 baru nak up ajak pegi tengok menara KL la, KLCC la, pusat kraf kebangsaan la, Aquaria la hape la.. hadoiiii.. semua tempat tu dah pergi la. malas nak tengok lagi. ceh! berlagak ramaja zaman sekarang ni kan? hakhak


aku tatau la tapi aku rasa bayak berjalan je. bukan banyak buat kerj apa pun. hahaha. jalan2 sambil bersuka ria walaupun banyak kerja pada hakikatnya.wuwuwuwuuu..












ini masa kami balik. dari bukit bintang naik train sampai titiwangsa then jalan kaki pergi Istana Budaya sebab kereta parking dekat car park IB. jauh juga rupanya kena jalan. ingatkan dekat je. kalau dekat teksi tak nak ambik. macam tak balik modal kot. entahlah. kalau dekat jalan penat jugak ni. huhuhuhu



maka masa maghrib tu Muiz ambik kereta kami stay dekat masjid je. tunggu depan masjid. lepas Muiz ambik kami balik ke rumah masing2..





ppssstttt :: duduk makan Subway dekat BB dapat tengok macam-macam jenis manusia yang ada krisis identiti. dahsyat duania sekarang...










No comments: