Happy Cat Kaoani -->

Monday, November 1, 2010

Makin Kerap

sejak minggu2 periksa ni makin kerap pulak saya makin maggi. teruk betul. patutnya time exam makin jangan makin maggi ni aku tak makin kerap. sebab apa? sebab malas gila nak kuar beli makanan dekat bawah. kalau lambat sikit je orang ramai macam waktu peak time pukul 12 lebih ke pukul 1 lebih.. kalau pukul 11 tu memang orang kurang tapi waktu tu aku pulak baru terpisat2 bangun dengan muka selekeh kan.. takkan la dah siap2 gila2 sebab nak beli nasik kat bawah.. tak kosser ai tau..




makanya kalau pukul 2 ke 3 perut dah mula tekan loceng lapar.. maka aku tunduk bawah tengok peti simpanan harta karun aku ada apa2 yang boleh dimakan tak macam maggi.. hai2.. tekak rasa nak makan maggi goreng mamee tapi haritu beli tak bawak pulak.  beli dekat rumah la.. huuu..


jadi terpaksa makan maggi kari dan tomyam sahaja.. sobs.. alangkah bestnya kalau dekat rumah sebab dekat rumah aku request nak makan apa mesti dapat macam...



situasi 1

budak perut besar : mak, nak makan nasi goreng sotong la..
mak : nanti beli sotong la.. sotong tak ada dekat rumah..


situasi 2

budak perut besar : mak nak makan mee goreng yang macam  mee maggi tu (see? tak lepas megi dia tp ni bukan mee maggi)
mak  : nanti pergi kedai ingatkan, beli mee tu mak goreng.. 


situasi 3

budak perut besar : mak, lama tak makan kupang dengan terung kan?
mak : nak kupang masak apa? terung pulak masak apa?
budak perut besar : kupang masak sambal, terung pun masak sambal.. boleh? alright!! 



tengokkkk... sporting tak mak aku membesarkan perut aku? ni aku kata kat rumah tak leh diet ni.. sik nak makan jeeee... kang kalau mak aku masak ikan pari bakar atau masak asam pedas ke, ayam masak lemak cili api  ke, sekali bapak aku balik bawak ikan todak masak kari.... mampu ke kau nak ikut diet kau? alih2 kau capai pinggan Daia kau cedok nasik dalam periuk.. habis citer! hahahhaha..



psssstttt :: abaikan penulisan yang sekejap 'saya' sekejap 'aku' tu.. hukhuk

2 comments:

ardinihumaira said...

memang sporting :D

Nour Eyza said...

hehehe.. tu la mak kita dni...