Happy Cat Kaoani -->

Sunday, September 26, 2010

I LOVE U CONTEST


syarat2 penyertaan :

1) buat satu entry bertajuk 'I LOVE U CONTEST' DONE

2) wajib jadi follower blog beliau. DONE

3) Letakkan banner contest di  sidebar dan entry. DONE

4) jangan lupa tinggalkan link. DONE



ini gambar saya bersama mak saya. saya sayang sangat dekat mak saya sebab beliaulah yang telah melahirkan dan membesarkan saya. walaupun dengan susah payah dan segalanya beliau berkorban demi saya dan kakak. seperti yang anda semua lihat saya dan mak di atas motor. kerana saya ada banyak kenangan menaiki motor bersama mak. dengan motor mak menghantar saya dan kakak ke sekolah, ke tuisyen, ke kedai dan kemana sahaja yang boleh dijangkau oleh motor emak. saya pernah dikejar monyet dengan mak dan kami terjatuh. mak luka ditangan dan saya habis basah baju sekolah.masa tu saya sekolah rendah.

mak sanggup berulang alik mengambil saya dan kakak dari sekolah kerana waktu balik kami sama. dan sebab utama adalah kawasan rumah saya banyak monyet.jadi kami takut kesekolah menaiki basikal. selain itu, saya perasan mak sanggup tidak menjamah makanan yang kami sukai jika makanan itu sedikit.

jika nak disingkap terlalu banyak mak telah lakukan untuk saya dan keluarga jadi saya memang sangat sayangkan mak saya.segala tunjuk ajar dan berkat beliau sangat saya hargai. love u mak!!



jika anda ingin menyertai sila ke blog beliau di SINI




pppssstttt :: sekali dah terbuat karangan pulak..haishhh..maaf ye!

No comments: