Happy Cat Kaoani -->

Saturday, September 25, 2010

Day 1 - DiGi iPhone 4 Me

selamat malam

rupanya sudah pukul 11 malam. sila beri perhatian. dari tadi mahu menulis tentang ini tapi masih ada halangan kerana kekangan internet yang slow.

ini cerita tentang 4 biji epal, seekor kambing dan sebuah logo digi. memang rasa nak gila bila nampak ikon2 ni semua. bila buka emel dan bacamula tersedak2 sebab terlampau excited nak meng'grap' peluang ini.

sangat teruja dan mula baca emel. walaupun bahasa inggeris tunggang langgang tapi saya boleh lagi faham. demi mendapatkan sebiji iPhone 4 yang canggih dan smart tu. wuuuuuuuu...

bila terbaca tentang kewujudan iPone 4 ni jiwa meronta-ronta mahu membelainya seperti aku membelai sony aku. lagi teruja bila orang semua ingin mendapatkan iPhone 4 ini.

siapa yang tak mahu handphone free kan? jadi mari kita usha2 apa yang kita boleh dapat dari Digi ni.




saya nak sangat merasa guna iPhone ni. sangat la teringin. sebab tengok orang lain guna handphone touch ni macam best je.


nampak betapa aku teriiiiiingiinnnnnn sangat iPhone 4 ni? >.<

memandangkan saya amatlah suka bergambar, maka saya sangat teruja bila mengetahui iPhone 4 ini mempunyai 5 Megapixels. Fuh, mest sharp kan gambar dia? quality kamera amatlah saya titikberatkan kerana saya jenis malas mahu membawa kamera digital atau DSLR. jika iPhone 4 mahu setanding dengan DSLR maka saya tak ragu2 membawa dan merakan semua memory dengan terang dan jelas.



tengok2. sharp kan kamera dia? perghhhhh.. best gila kalau dapat nih!

Facetime. masa muka ni amat bagus. kalau dulu boleh 3g saje tapi sekarang boleh suruh orang yang kita call tu on camera belakang then tunjuk dia dekat mana. jadi kalau aku nak tengok kucing2 aku dekat rumah tengah buat apa. pastinya mak atau kakak aku pun kena ada iPhone 4 ni kan.



multitasking. boleh buka banyak aplikasi dalam satu masa.kira kau boleh GPS, boleh on lagu, boleh search internet dan macam2 lagi dalam satu masa.best tu. tak payah la buka satu then kalau nak bukak aplikasi lain kena tutup dulu then baru boleh bukak yang lain.

selain itu iPnone 4 adalah retina diaplay. dari tadi menaip malas pulak la nak menaip lagi. retina display ni sangat sharp,highest resolution dan macam2 lagi. Kira bila korang bukak blog atau apa2 laman web guna iPhone 4 ni korang tak perlu besar kecikkan mata atau selongkar almari cari kanta pembesar kan. nak2 pulak aku yang tak boleh tinggal spec mata ni. kalau tinggal maka kaburlah dunia. >.<


dan akhir sekali adalah HD Video recording.heh, kalau kata camera pun 5 megapixel toksah kata apa la tentang video. gerenti clear punya. tak adalah kalau dulu camera telefon lama nampak jasad je, segala isi muka tak nampak dengan jelas. -_-"

jadi sangat la teruja bila ada kontest akan dapat iPhone 4 ni secara percuma. rasanyaa lengkap dengan segala apa yang aku inginkan selama ni.sangat hebat dan senang. ia compact. semua dalam satu. senang dibawa kemana2 sahaja dan dengan satu gadget boleh pelbagai guna.

jadi terima kasih kepada Digi yang sangat pemurah dan Nuffnang yang sangat baik hati... =)




pppsssttt :: baru cakap teringin iPhone 4 sekali ade peluang! apa lagi sangattttt suka! >.<

No comments: