Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, July 27, 2010

Kegembiraan Baginya, Keperitan Bagiku..



manusia sebagai hamba di dunia ini memang tak pernah lepas dari ujian Allah
ada manusia yang memdapat ujian yang besar
ada manusia mendapat ujian yang kecil
bergantung betapa Allah menyanyangi hamba-hambaNya..

sesekali hamba yang lemah ini diuji dengan hebatnya
maka timbulah pelbagai tanggapan bahawa Allah tidak sayangkan mereka
mereka salah!
sebenarnya Allah amat sayangkan hamba-hambaNya..
malah, jika Allah uji kita bermakna Allah sedang menambahkan pahala kita..
kerana Allah mahu lihat jika Dia beri kita ujian yang sebegitu, adakah kita akan ingat kepadanya?

bukan Allah mahu menyusahkan hambanya..
malah Allah adalah pencipta yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang dan Maha Mengetahui..
jika begini Allah uji kita
ketahuilah bahawa Allahlah sebaik-baik perancang segala kejadian
semua yang terjadi adalah RAHMAT dariNya..

tidak dinafikan bahawa semasa kita diuji bahawa jiwa akan berantakan
hati tidak tenang
Allah mahu lihat kita samaada ingat padaNya atau tidak
jika kita ingat padaNya maka Allah akan berikan pahala yang mencurah..
Allah tak pernah lokek dalam pemberian pahala..
malah banyak perkara yang menjanjikan pahala namun kita masih alpa dan meninggalkannya...

saat jiwa dirudung malang
saat hati hebat di uji
hanya Allah yang mengetahui betapa jiwa ini kacau
bila diri dilihat seperti sampah
bila usaha tidak pernah diendah
maka hati terus terusan berduka..

lain yang kita rancang lain pula jadinya
ada yang menyalahkan takdir 
ada yang menerimanya..

tidak salah jika kita berusaha
tidak salah jika kita ikhtiar..
mengaharapkan suatu hari nanti segala ikhtiar kita berbaloi
Allah mahu hambanya usaha..
bukan hanya menerima..
namun jika semua ikhtiar itu tidak berjaya
ketauilah Allah memang mahukan kamu berada disitu..
melalui jalan itu..
dan kamu tidak pernah berseorangan..



pssttttt :: 15 Syaaban.. anda semua puasa tak?


No comments: