Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, June 9, 2010

Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait!

MySpace

Hari ini kita belajar peribahasa
ye kawan2..



Telunjuk lurus kelingking berkait ni ada maksudnya
maksudnya secara lahirnya nampak baik namun di dalam hati ada niat jahat.. 




atau lebih di kenali sebagai talam dua muka
kalau dalam dunia ni tak de talam dua muka dah lama dunia ni hancur kan?
hancur binasa sebab tak reti nak bermanis muka, berbaik2 depan orang atau lebih bombastik perkataanya bila dunia ni tak ada yang hipokrit!
eh, ye ke?



heh, susah tu bro!
boleh katakan semua manusia normal selalunya hipokrit
jangan la tak mengaku pula yang diri anda sangat telus dihadapan orang lain..
mesti ada sedikit kita hipokrit
kadang2 hipokrit ni untuk memelihara perasaan orang sekeliling kita..
lagi satu menyimpan apa yang orang mengata dia seorang tanpa memberitahu orang yang di kata itu...
dengan cara itu perhubungan akan jadi aman
memang la orang akan kata hipokrit tapi itu semua perlu kadang2



tentang mengata orang pula
semua orang biasanya mengutuk, mengata, gossip dan cakap belakang tentang orang lain
tak kiralah tentang perkara baik ataupun perkara buruk
setiap orang selalunya ada sedikit atau banyak
namun, jika kita tak mahu jadi penyampai tak bertauliah kita tak perlu beritahu
cukup sekadar mendengar (padahal mendengar tu pun dah dapat dosa.. astgafirullahalazim...)




jangan kata orang, diri saya sendiri pun saya
sebab kita manusia biasa yang tak pernah lari dari buat silap dan kelemahan
jadi jagalah diri sendiri supaya tidak terlalu terpesong
semuanya di tangan anda...



saya terpanggil memperkatakan tentang ini setelah mendengar kata ustaz di televisyen
"kadang kala bermuka-muka untuk mengelakkan perbalahan itu perlu"
ustaz tu bagi contoh masa zaman Rasullulah berperang la..
tapi zaman sekarang perang cara lain bukan berpedang2..hehehe
bila difikir2 balik memang benar juga apa ustaz tu cakap...


okeh, sampai disini sahaja dahulu..
tata!

No comments: