Happy Cat Kaoani -->

Monday, April 28, 2014

Promosi Kraf Malaysia 2014






Assalamualaikumm...



jujurnya aku lupa hari ni hari isnin yang "MONDAY BLUES" sangat tuh. almaklumlah. aku ni tak kerja, tak sekolah jadi lupa. tambahan duduk Johor ni Ahad dah kerja pulak sekarang, jadi semakin menjadi2 la penyakit pelupa aku tuh. haha. maafkanlah diriku ini wahai kawan2. aku ingat hari ni isnin pun masa tengok Wanita Hari Ini. haaa.. nampak tak aku ni sangat wanita sekarang sebab hari2 tengok Wanita Hari Ini. kahkahkah. *tak lawak oke*


hari ni semangat nak cerita pasal benda nih la. suka weh!






haaa.. uolss.. mari2 kita datang Promosi Kraf Malaysia 2014 ni. dekat Angsana Johor Bahru Mall. alalala.. aku berani cakap kalau orang Johor dan Singapore mesti tahu sangat2 la Angsana ni kat mana. senang je nak perginya. popular sangat dah benda ni.


dulu ada jugak promosi kraf ni. ade booth lain yang besar dan panjang depan Angsana. siap ada aircond lagi. memang best sungguh la. tapi ni dalam Angsana je kot.


ni yang dulu punya.





ini dulu la. tahun lepas. sebelum Krismas. haaa.. best gila masa ni. kalau banyak duit banyak la benda aku nak beli woi. dah la lawa2 dan bentuknya rare pulak tu. sumpah nak. kalau boleh gazebo yang besar gedabak harga RM14K tu pun rasa nak rembat jugak. hahaha..


melampau jugak perempuan ni. dah nama pun perempuan. banyak jugak kraftangan, gelang, rantai, baju, perhiasan rumah dan macam2 la yang kena sangat dengan jiwa ni tu yang rasa suka sangat pergi sini. dulu aku dua ke tiga kali pegi sini. jangan tak tahu. pergi sekali untuk survey, lepas tu pegi sekali lagi untuk beli. nampak tak perempuan macam mana? maafkanlah mereka kalau diaorang nak pergi tempat tu berulang kali. walaupun sama je barangnya tapi nak jugak pegi. 


moh la pergi sana tengok2 apa yang korang nak beli. sure la ada punya benda yang korang nak beli. satu benda pun jadilah. sebab unik dan barangnya datang dari seluruh Malaysia!


okeh! babai.




No comments: